Thursday, September 29, 2011

Kisah Lawak: Jururawat dan Orang Tua

Pak Tan yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di balkoni rumah...
 
Mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari terbenam. Jururawat tu berada di kanan Pak Tan...Tiba-tiba Pak Tan cuba nak condong ke kanan...Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali Pak Tan cuba nak mencondongkan badannya lagi, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa minit... Pak Tan cuba ke kanan lagi....Tapi Si jururawat tu tetap cuba menegakkan Pak Tan.. Pak Tan mengeluh kesah...

Akhirnya si jururawat membawa Pak Tan kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

Anak: How are u papa?

Pak Tan: Menatang apa tu nak?

Anak: Ops... ayah ok ke kat sini?

Pak Tan: Ok ler...Nak harap anak sendiri jager...susah....Tilamnya ok..empuk... makanannya enak...Tapi takde la seenak anak sendiri yang buat....jururawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah besar....

Anak: Errrr......Masalah apa ayah?

Pak Tan: Dah banyak kali ayah cuber nak kentut...tapi jururawat tak izinkan.... Tiap kali ayah condongkan badan nak kentut...Jururawat tu betulkan balik....Potong betul ler... Dah penuh angin dah nie dalam perut ayah nie....

Anak: Kenapa ayah tak bagitau yang ayah nak buang angin?

Pak Tan: Jururawat tu cantik sangat ler.... malu nak bagitau yang ayah nie nak kentut....huhuhu

Anak: He he he....

5 comments:

missbby said...

haha..:)

yui92 said...

kahkahkah... xsedar diri =p=p=p

Asakura said...

igtkan apa tadi... nak kentut je...hahhaa

Dr Zatiel Ismail said...

;)

aizamia3 said...

hahaha.. kelakar..
nak kentut rupanya.. ingatkan sengaja nak buat macam tu..

Ping your blog