Sekarang semua duk kalut pasal isu Mat Sabu yang menyokong perjuangan komunis di Bukit Kepong.... Habis semua melenting marah kat Mat Sabu nie... OK.... Aku tak mahu sentuh pasal isu Mat Sabu nie.... Sebab ada dua perkara yang menyebabkan aku tak nak sentuh.... Satu, sebab aku masih tak tengok video ucapan Mat Sabu secara PENUH...Kedua, Aku tak nak masuk campur pasal isu politik kartun Malaysia nie....he he...
Yang aku nak sentuh kat sini.....Isu KOMUNIS... Baik..sebelum korang duk melenting sana sini.... Korang tau tak apa itu komunis? Apa yang korang terbayang kalau sebut komunis? Si mata sepet? Pengganas? Atau sekadar satu pahaman politik? Haa....jawab....jawab.....
Sebenarnya.... Komunis nie pada dasarnya diwujudkan atas dasar apa? Kenapa wujudnya komunis nie di muka bumi nie? Sebelum mau ulas apa-apa isu.... SILA BELAJAR SEJARAH SECARA MENYELURUH. Bukannya cedok dua tiga ayat dari buku skolah atau mana-mana komik ciptaan penjajah....
Komunis nie diwujudkan pada asalnya untuk melemahkan sistem beraja di Russia dan di China... Hasil dari karya Karl Marx dan Friedrich Engels iaitu Das Kapital dan The Communist Manifesto..Sistem beraja China berjaya dilemahkan.... Ajaran komunis jadi kitab rujukan Mao dan pemimpin-pemimpin Komunis yang lain untuk menundukkan rakyat China. Itu adalah permulaan cerita Komunis nie...
Menundukkan bangsa Cina dengan satu fahaman yang ekstrem adalah amat penting kerana ia lebih mudah bagi bangsa Cina yang berfahaman Buddha pada amnya...sebab agama Buddha tidak ajar sistem ekonomi.... Ini berbeza dengan agama Islam yang lengkap keseluruhannya dan telah ada sistem ekonominya yang tersendiri....
Fahaman Komunis ini sebenarnya digunakan sebagai alat untuk menjatuhkan raja-raja dan pemerintah....Sebelum digunakan ke atas China...Fahaman komunis dah digunakan ke atas Russia...kerana Tzar Russia (raja Russia) sememangnya menentang akan satu pahaman dari pertubuhan yang memang tak asing lagi di mata dunia.... Pertubuhan itulah dalang sebenar di sebalik penubuhan komunis nie... Apakah pertubuhan tu? Nanti aku bagitau...
Siapakah yang membunuh Tzar terakhir...Tzar Nicholas II? Ia adalah perancangan petubuhan itu yang berselindung di sebalik Bolshevik Komunis...Sejarah penghapusan Maharaja terakhir Russia adalah sama dengan skrip yang digunakan ke atas Maharaja China....Oleh itu...selepas mencipta Komunis....masanya untuk menjalankan dasar DIVIDE and CONQUER nyer (Macam penah dengar kan dasar nie....he he) .... Gulingkan sistem beraja!!
Apakah pertubuhan dunia tu? Dalang di sebalik tertubuhnya pahaman komunis nie? Apa pertubuhan yang Karl Marx dah join? Ermm.... Aku rasa semua penah dengar pertubuhan nie.... Namanya ialah.... FREEMASON. Pertubuhan yang menyokong penuh gerakan Zionis di seluruh pelusuk dunia.... Jadi sapekah komunis pada asalnya? Komunis adalah puppet depa untuk menjatuhkan sistem beraja Russia dan China... Kenapa kita pun terkena pahaman Komunis? Sila baca sejarah...... Nak ulas...mau panjang berjela entri aku nie....
P/S: Jadi, apa jawapan bagi isu Mat Sabu? Jawapan dier.... SILA KAJI SEJARAH...he he
1 comment:
Assalamualaikum PW
mereka pegang pen
meraka pegang kertas
mereka pegang fail
mereka pegang kabinet fail
mereka pegang kunci bilik fail
tapi Allah maha mengatahui
lambat laun akan terbongkar rahsianya...kun fa ya kun...
Wassalam
Post a Comment