"Tears of Gaza" yang dibuat oleh Vibeke Lokkeberg ini adalah untuk semua golongan manusia yang masih terleka dan terlena dengan dunia sekarang.... Dokumentari khas ini memaparkan kisah disebalik kekejaman Israel yang cuba membunuh dan menghapuskan negara Palestin dari peta dunia....
Saksikan dan cuba lah hayati....kepada semua rakyat Malaysia...tak kira tua ker muda....remaja ker dewasa....perempuan atau lelaki... diharap sebarkan video nie.... Berikan kesedaran kepada semua golongan masyarakat negara kita..... Biar mereka dapat merasai erti pengorbanan dan erti kedamaian.... Dan erti kematangan dalam kehidupan.....
Kepada semua remaja dan golongan muda.... Cuba korang bayangkan... Kalau korang yang berada di sutiasi seperti depa.... Cuba dalami perasaan dan cara kehidupan mereka yang sangat jauh berbeza dengan cara hidup korang.... Cuba tanya dalam diri masing-masing....
ADAKAH AKU NIE MENGADA-NGADA?
KENAPA AKU TIDAK TABAH SEPERTI MEREKA?
ADAKAH AKU NIE MANJA SANGAT BERBEZA DENGAN MEREKA?
CUKUPKAH DENGAN APA YANG DAH ADA PADA DIRIKU BERBANDING DENGAN APA YANG DIORANG KECAPI?
BERSYUKUR KAH DIRIKU?
Bagi aku.... remaja dan golongan muda di negara kita nie... sangat lah MANJA dan TERLAMPAU BANYAK KEMUDAHAN berbanding dengan depa semua.... Sampai kene cubit dalam kelas pun nak mengadu sampai masuk berita TV3.... Dapat tilam buruk masa duk kolej pun dah rasa nak buat aduan... Nak basuh baju sendiri pun tak reti... Dapat baju baru sekali sebulan pun masih rasa tak cukup-cukup... Dapat makan tiga kali sehari pun rasa tak cukup sampai sanggup buang lebihan makanan hampir sama banyaknya dengan yang masuk dalam perut tu...
Jadi, janganla korang tak bersyukur dengan kehidupan sekarang.... Sedar la....yang korang tu sangatlah bertuah dapat hidup di Malaysia.... Kecapilah kehidupan senang lenang nie dengan rasa penuh kesyukuran kepada Allah... jangan pulak korang mudah lupa dan mengabaikan perintah dan suruhan-Nya....
P/S: Takkan nak merasai sendiri keadaan macam kat Gaza dekat Malaysia baru nak insaf derr...
6 comments:
tangisan anak gaza..pilu
sedih video tu..tapi yang pntg nasihat ko yg last tu..jgn abaikan suruhan-Nya...ustaz
sedihlah nak tengok tapi kena tengok jugak! tq 4 dis post. :)
i cried when I watch this video..tak sangka israel sejahat ni..dorg tak buat ape2 pun..tetiba je diorg bom suka2 hati..sian budak2 kecik yg tak tau ape2.. sian diorg ade yang jadi yatim piatu.takde duit..hmm kesian sgt2.. jahat sungguh israel ni n sekutu2 diorg..
insyaAllah...al-fatihah...
http://dehumairachocshouse.blogspot.com/2011/09/promosi-untuk-bakal-pengantin.html jom tengok sini...
Post a Comment