Thursday, September 15, 2011

Gelagat Gempak Media Berbanding Situasi Sebenar

Ni citer benar ok.... Pasal gelagat media massa seluruh dunia... Dan ilmu nie la yang banyak digunakan bloggers termasuk aku..he he he... Nak tau apakah yang cuba aku sampaikan nie? Haaa.... cuba tengok situasi nie...

SITUASI : Seorang Pakcik YB bernama YB Pak Pandir pergi ke kedai untuk membeli ubi... Semasa ingin melintas jalan.... Pak Pandir dilanggar motokar berjenama Mercedes Benz..... mati di tempat kejadian.... Innalillah....

Maka berita nie pun disebarkan oleh akhbar-akhbar dan media tempatan.....

BULETIN UTAMA - Pak Pandir meninggal dunia.. Pemandu Mercedes Benz dicari..

HARIAN METRO - Hangat dan Panas!! Pak Pandir mati kerana ubi!

UTUSAN MALAYSIA - Kematian Pak Pandir tragis... Dilanggar Mercedes disyaki pembangkang

HARAKAH - Kami tiada Mercedes....

MALAYSIA KINI - Langgar lari Pak Pandir..Di mana keadilan?!

BERITA HARIAN - Kematian Pak Pandir kerana ubi dan pembangkang

SINAR HARIAN - Kematian tragis YB Pak Pandir kerana perjuangkan ubi

KOSMO - Kerana Ubi, Badan Binasa - Pak Pandir Meninggal.

BLOGGER - Video Kejadian Langgar Lari YB Pak Pandir [Takde video pun...]

BLOGGER PARANOID - Keraguan sijil halal ubi menjadi sebab Pak Pandir dibunuh.

MASTIKA - Misteri kematian Pak Pandir, Temubual bersama Hantu Bonceng

Inilah negaraku yang tercinta..... MALAYSIA...:)

2 comments:

Nazrul Ashraff said...

haha.. KOSMO paling tak boleh belah. and datang celah mana pulak pasal pembangkang??

Browacana said...

vampire and his lady: He he.... itu la media kita.... :D