Wednesday, September 28, 2011

Mana datang asalnya perkataan "Pokok" , "Pisang" atau "Batang" ?

Aku tertanya-tanya pasal nama-nama segala benda di dunia nie.... Mana asalnya...mana datangnya nama-nama yangkorang selalu panggil nie.... Sape yang ajar mula-mula sekali pasal nama-nama nie.... Pernah ke korang terfikir? Ermm.... ramai yang tak nak ambik kisah pun kan.... Tapi aku terfikir... Dari mana asalnya....

Contoh la kan.... Di satu pokok pisang nie... Sape la yang ajar yang batang tu dipanggil "batang"... buah tu dipanggil "buah"... "pisang" tu dipanggil pisang... Sama jugak dengan bahasa lain... kenapa pokok dipanggil tree... kenapa pisang dipanggil banana..... Sape yang mula-mula sekali ajar nama-nama benda nie semua? Datuk? Nenek? Pak Ngah? Pak Su? Atau.... Tok Wan?

Masalahnya....sape pulak yang ajar datuk nenek moyang kita tu? Takkan benda ni dipanggil secara tak sengaja kan? Mesti ada seseorang atau sesuatu yang ajar kita kan.... Korang terfikir tak? Logiknya macam nie la.... Korang dilahirkan di dunia nie tanpa ajaran dari sapa-sapa.... sampai la korang besar... aku rasa... nak basuh berak pun tak pandai kan.... ni kan pula nak kenal buah pisang.... 

Sape yang ajar? Ke kita nie merevolusikan diri sendiri? kenapa kita sekarang dah tak berevolusi dah sekarang nie yer? He he he...Kepada semua warga Islam... JANGAN PERCAYA AJARAN KARUT CHARLES DARWIN.... TEORI EVOLUSI..... Teori tu langsung tak wujud!!

Sebenarnya... jawapan ada dalam Quran.... Ce bace...ce bace... korang mesti terjumpa citer pasal Nabi Adam... Manusia pertama yang wujud di muka bumi nie.... Bukan berevolusi dari seekor beruk yer.... Manusia dijadikan dari tanah... Semua kita-kita nie...cucu cicit Nabi Adam...Ni la tok moyang kita yang asli....Jangan nak ngade-ngade nak ngaku yang datuk nenek moyang korang tu datang dari BERUK...

Dalam Quran...diciterkan pasal bagaimana Nabi Adam diajar akan "nama-nama" segala benda di dunia nie.... Maknanya segala benda di dunia nie dah ada nama masing-masing.... Hanya Allah yang tau... Dan diperturunkan nama-nama itu kepada Nabi Adam a.s.... Haaa... cam tu la bermulanya segala nama-nama tu... 

Cuma yang menjadi persoalannya... bahasa permulaan yang digunakan.... Bahasa apakah pertuturan Nabi Adam a.s? Haa...yang ni la pihak pengkaji sejarah kene la ambik tau.... Sebab bahasa pertuturan Nabi Adam la bahasa tertua di dunia... Lepas tu...barula bahasa semakin berkembang dan berkembang sampai la hari nie.... Ye la.. pelat lidah bukannya sama kan... Lama-lama berubah juger.. 

Contoh paling dekat.... bahasa Melayu... masa zaman Melaka dulu.... Bahasa pertuturan lebih sopan dan berlapik.... sekarang? jauh panggang dari api la jawabnya..... Tu baru bahasa melayu.... Ni pasal bahasa pertuturan yang dah berabad lamanya... Ada paham....he he

P/S: Jadi mana datangnya orang gua?? Hanya orang putih je tau mana datangnya penipuan itu...hehehe...

7 comments:

Unknown said...

bahasa nabi adam? bhsa arab?

hmm pndapat aku orng putih ni la pengasas "copy paste" tp diorng jadikn version diorng..

Anonymous said...

bahasa melayu dulu takde huruf 'b'. contohnye perkataan 'bulan' disebut 'wulan'. thanks 4 sharing :)

vendoline said...

org barat semua gune teori tokoh islam terdahulu sbnrnye..hukhuk

fatinizzati said...
This comment has been removed by the author.
fatinizzati said...

pernah gak tertanya-tanya mana datang semua perkataan kat bumi ni. dan macam mana boleh wujud banyak-banyak bahasa ataupun macam mana boleh terbentuknya abc and so on

aizamia3 said...

orang barat mengagungkan sesuatu yang dorang jumpa walhal menda tu semua dah ada dicatat dalam Al-Quran..

Unknown said...

Salam, saya rasa bahasa melayu dahulukala memang sudah wujud huruf B sebelum dipengaruhi oleh bahasa sanskrit lagi. Huruf W wujud setelah mendapat pengaruh daripada bahasa sanskrit daripada huruf v. Jadi, huruf v orang melayu pada masa itu tak boleh sebut sebab keras lidah. Jadi, diorang tukar mengikut pelat diorang iaitu jadikan huruf w sekarang. Tapi ada yg berpendapat huruf b dan w memang wujud sudah lama dlm bahasa melayu. Sebenarnya bahasa melayu lebih senang menyebut huruf b berbanding huruf w. Walaupun begitu,dari segi sebutan huruf w dgn v, orang melayu lebih senang menyebut huruf w berbanding huruf v. Contoh, wilang (dlm bahasa melayu jawa) ~ bilang (dlm bahasa melayu surat),deva (sanskrit) ~ dewa, dll.