Tuesday, September 13, 2011

Safee Sali Ke Cardiff City

Akhirnya terjawab sudaaa..... Safee Sali akhirnya akan ke Cardiff City.... kelab liga Inggeris yang sekarang nie berada di tangga ke-6 dalam liga kejuaraan England.... Liga nombor dua tertinggi di England... Walaupun berita nie dah agak lapuk... Tapi aku cuma nak pastikan berita benar-benar terjadi.....

Diambil dari KOSMO
Cardiff City adalah kelab pertama yang dimiliki rakyat Malaysia.... kelab kedua ialah Queens Park Rangers... Sebelum nie Safee Sali ada dikhabarkan akan ke QPR juger... Tapi akhirnya memilih Cardiff City sebagai destinasi seterusnya selepas menabur kudrat di Pelita Jaya...

Safee Sali akan ke Cardiff City untuk menghadiri sesi latihan dan ujian yang pastinya melakar sejarah buat negara kita.... Masa depan Safee Sali bergantung pada keputusan latihan dan ujiannya itu.... Jika berjaya memuaskan Malky Mackay, iaitu pengurus kelab itu.... Safee Sali akan ditawarkan kontrak untuk bermain di kelab itu...

Safiq Rahim juger dikhabarkan akan ke England tetapi masih terikat dengan kontrak dengan Selangor untuk Piala Malaysia.... Jika benar la berita nie.... Maka Safiq Rahim juger mungkin akan menjadi pemain kedua yang akan bermain di sana...

Semoga semakin ramai la pemain negara kita yang akan terpilih untuk bermain di sana.... Aku rasa ramai lagi pemain yang mampu dan boleh menyinar jika diberi peluang bermain di sana... Sebab pemain kita sememangnya mampu untuk ke persada antarabangsa....cuma pendedahan jer yang tidak mencukupi...

P/S: Norshahrul Idlan Talaha takde orang nak beli ker.....he he

4 comments:

mOoN said...

so WOW!!!

a bit bangga dengan perkembangan bola sepak negara skang ni... :)

Elih Japahar said...

Tahniah! harap lepas ni akan ramai lagi pelapis pemain berpotensi mcm mereka...all the best!

diana said...

norshahrul pun bagus jugak kan??
umur dia pun muda lagi.
kalau dibagi peluang memang ramai pemain malaysia yang berbakat sebenonye...

miss inna said...

wow,semakin matap dah pemain kita...biar ini semua jd inspirasi utk pemain lain utk bermain dgn lebih cemerlang lg..^^