Tuesday, December 27, 2011

TV LED Semuanya Tipu Belaka

Sekadar hiasan...

Hari nie macam biasalah aku buat rutin seperti biasa..... Permulaan nak kerja nie dimulakan dengan bukak emel... Sekali ada emel yang post pasal TV LED di Malaysia hanyalah penipuan semata-mata.... Betul ker? Aku terus la bukak emel tu.... Baca dan baca dengan tekunnya... Ermm... Kenapa aku tak tau??

Kemudian aku try kaji balik guna Google.... Kot-kot la berita nie cuma khabar angin la kan.... Sekali hambik kau..... UTUSAN dah ada berita pasal nie.... Bulan Mei 2011 lagi.... Adehhh...-_-" Ni petikannya...

TELEVISYEN diod pemancar cahaya (LED) tetapi bukan LED yang sebenarnya.
Walaupun sukar mempercayainya tetapi hakikatnya semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar.

Menurut Pengurus Kanan Kejuruteraan dan Servis, Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd., Liew Ah Yoong, semua produk itu merupakan televisyen paparan cecair kristal (LCD) yang menggunakan cahaya belakang LED.

Namun, katanya, semua syarikat pengeluar memasarkannya sebagai televisyen LED mungkin kerana strategi pemasaran.

''Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun.

''Saya sendiri tidak tahu bagaimana rupa televisyen LED kerana tidak pernah melihatnya,'' katanya pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Haaa......sumbernyer aku ambik dari arkib UTUSAN di sini >>> LINK
Oooo.....rupa-rupanya TV LED yang berlambak di pasaran kita tu semuanya tipu la ek...Nasib baik aku beli TV LCD jer ari tu.... Takde la kene tipu kan....Kalau tak...membazir ribu-riban jugak la... Tapi betul ke masih takde lagi TV LED di Malaysia nie sekarang? Konfius pulak aku...

Aku buat entri nie sekadar nak bagi info jer... dan jugak nak tau perkembangan semasa...Kot-kot la sekarang nie dah ada TV LED yang betul kat Malaysia nie..... Sebab TV 3D memang dah ada kan? Ke memang TV 3D tu pun guna LCD jugak? Konfius betul la dengan strategi pemasaran yang selalu menipu customer nih.... Contohnya jualan murah....Cuba korang kaji sikit....Betul ke murah? He he he....

P/S: Beli je TV apa-apa pun...janji ada kabel HDMI kan....hihihi

8 comments:

Ben Ashaari said...

Aku beli tv janji ada gambar n suara je bro .. hahaha ..

||aLeaSaRa|| said...

SMLM BARU SURVEY TGK TV HUBBY INGAT NAK BELI LED TAHUN DEPAN

MACAM TU BAIK KITE BELI JE LCD JANJI TGK TV HEHHEHEHE

TQ YE KGSI INFO NI ^^

roq said...

tv plasma...hehe

TiTi said...

lar tipu ke..mahal pulak tu :p

Munn Jaafar said...

tipu eh...cissssss

yg lekat kat dinding tu LCD kan?huhu

mas saari said...

baru bercadang nak beli...huhuhuuu

BeloG MTT said...

LCD , LED , LFD bila lagi? Hehe :D

.::: Princess MOMOY :::. said...

alaa... baru jer sejam lepas beli LED nak lekap kat bilik. huhu...