Aku dengar dari jauh jer berita pasal politik negara nie.... Hari nie sibuk duk buat sketch drawing nak hantar kilang... Tapi sambil-sambil tu duk dengar jugak perkembangan negara.... Ye la... dengar citer habis jem jalan kat KL sebab kes perbicaraan Anwar hari nie.... Dan akhirnya keputusan telah diumumkan...Anwar dibebaskan dari tuduhan liwat...
Walaupun begitu..... aku dengar citer ada tiga letupan bom di sekitar mahkamah [atau jalan Duta?] selepas keputusan diumumkan.... Hah??? Biar betol!? Bukan ker yang berkumpul di mahkamah tu sumernyer penyokong Anwar ker? Apa lagi yang tak puas hati? Asal dibaling bom? bukan ker patut dibaling bunga atau duit...sedekah tanda bersyukur?
Ermm.... Tu la kalau nak tau senario negara sekarang..... Dalam diam-diam... ada PIHAK KETIGA dalam peperangan politik negara.... Golongan yang dikatakan MUSUH DALAM SELIMUT.... Aku cakap awal-awal... dalam blog nie.... aku tak memihak kat sape-sape.... Aku cuma berfikir secara rasional dari pandangan aku.... Mana-mana pihak yang buat ke arah kebaikan.... aku sokong... Kalau tak... aku tak sokong... Simple as that...
Cuma sekarang nie.... SIAPA empunya bom-bom itu? Baik.... kalau nak disamakan dengan negara-negara yang bergolak sekarang nie.... Perang saudara atau rusuhan berlaku selepas berlaku kejadian buruk macam nie... Letupan bom.....pembunuhan beramai-ramai... dan lain-lain.... Dan dipercayai semuanya itu angkara dari golongan yang dikatakan MUSUH DALAM SELIMUT dalam kedua-dua pihak...kerajaan dan pembangkang....
Dan Malaysia nie pun apa kurangnya.... Dalam dua-dua pihak pasti ada golongan yang saja nak melaga-lagakan depa nie.... Kalau tak kenapa diletupkan bom tu walaupun pemimpi depa dah bebas dari tuduhan? Tak ke bangang tu? Takkan penyokong si Saiful yang baling bom? Bodoh giler.... Takkan pro-kerajaan? Sebab tak puas hati keputusan mahkamah? Bengap giler tindakan korang!! Yang pastinya si pencetus bom tu tak sokong kerajaan atau pembangkang....Mungkin depa nie cuma nak tengok Malaysia jadi macam Thailand...Jadi macam Mesir...jadi macam Syria... Baru puas hati kot... Bila keadaan panas... Depa kipas-kipaskan... bila dah sejuk... Depa akan tuang minyak dan api-apikan balik.... Bila dah tak terkawal api yang membakar... DEPA AKAN DATANG SEBAGAI PENYELAMAT MEMADAM API ITU...
Minda kelas ketiga.... itu ler yang aku bagi kepada si pencetus bom tu.... Jenis minda yang tak sukakan keamanan dan perkongsian pendapat.... Jenis yang mudah dihasut dan diprovok... Jenis yang mudah menjadi puppet-puppet si dalang yang nak tengok keadaan negara kembali panas dengan isu politik liar.. bagi aku tak salah ada pro-kerajaan dan pro-pembangkang... sebab manusia tak sempurna... pasti ada salah dan silap.... Salah dan silap selalunya hanya nampak dari golongan yang menentang sahaja...So....tegur menegur adalah satu adat kehidupan... Tapi golongan PIHAK KETIGA nie tak fikir camtu!! Depa cuma nak tengok MEREKA BERGADUH!!
Diharap kita dapat tau la sape punca di sebalik letupan bom tu... yang pasti.... mereka cuma nak tengok kisah politik negara kembali hangat dan mengharapkan kedua-dua pihak saling tuduh menuduh...Dan menanti peluang mencantas jika kedua-dua pihak hanyut dalam sandiwara yang dicipta tu.... Aku rasa kedua-dua pihak sepatutnya duduk semeja dalam hal macam nie... Please be rational and think wisely before act...
3 comments:
yg penting dsai dah bebas!
Allahuakbar!
heeee~
sy pun ada terpikir gak..musuh dlm selimut,... haish...manusia..manusia..
boleh terima gak pendapat ni..ada la batu apinya tu
Post a Comment