Tuesday, January 31, 2012

Nazmi Faiz Ada Harapan Bermain Di Cardiff City


Selepas beberapa pemain Harimau Malaya dipanggil untuk menjalani latihan bersama di Cardiff City.... Nampaknya peluang kita nak tengok pemain negara bermain di sana semakin cerah.... Mungkin sebelum nie kegagalan pemain negara bermain di eropah atas kerana faktor ranking dunia.... Kali nie.... Peluang tu mungkin dapat diatasi atas faktor pemain remaja.... Itulah peluang yang terhidang untuk Nazmi Faiz Mansor untuk bermain di Cardiff City...

Nazmi Faiz memang terbaik.... Kalau terus digilap...Aku yakin dia dapat maju jauh ke depan...Passing dia yang tepat dan kreativitinya di atas padang menampakkan bakat semulajadinya untuk mengatur permainan di atas padang.... Aku dah terangkan di entri SINI (link)... 

Kali nie... Cardiff City pun tertarik untuk mengikat kontrak pemain berbakat nie, Nazmi Faiz... Sebelum nie...masalah ranking kita yang menggagalkan pemain... Tapi kali nie kita ada peluang....Disebabkan umurnya yang muda.... Kemungkinan kelab Cardiff City akan mengikat Nazmi Faiz sebagai pemain remaja dan dipinjamkan ke liga-liga eropah yang lain yang tidak begitu ketat prosedurnya seperti liga Belgium... Dari situ... Nazmi Faiz mungkin akan mendapat kerakyatan negara Eropah dan dari situ....Boleh digunapakai untuk mengatasi masalah ranking dunia negara kita..... 

Cardiff sebelum ini telah memberikan sesi latihan percubaan kepada Safee Sali dan Safiq Rahim tetapi dengan Safee yang telah berumur 27 dan Safiq 24, Nazmi dikatakan mempunyai peluang yang lebih cerah kerana baru berumur 17 tahun. 

Harapan aku... Jika berita Nazmi Faiz akan berada di Cardiff City selama setahun itu menjadi kenyataan... Sepatutnya ia jadi titik tolak penggerak kepada semua pemain bola sepak negara kita.... Pemain negara tidak kurang hebatnya.... yang kurang cumalah kekuatan mentaliti kita...Terlampau menyanjung kehebatan pemain luar... tapi merendah-rendahkan kemampuan diri sendiri... 

Kalau tidak kerana syarat FIFA... Safee Sali dan Safiq Rahim mungkin dan berada di Cardiff City... Mungkin ramai lagi agaknya yang sepatutnya boleh bermain di Eropah.... Ermmm.... Mungkin syarat FIFA nie agak buyers kepada pasukan ternama dunia kan (Sebab depa nie yang sellau berada di top ranking) ... Yang kuat (golongan bangsawan la kot) tetap di atas.. Yang membangun dan yang lemah (golongan biasa) perlu cari inisiatif sendiri untuk setaraf dengan yang kuat.... Contohnya.... Jepun...

P/S: Good luck Nazmi faiz... yang lain bila lagi?

1 comment:

dim Benihana said...

aku sokong...harap budak kecik ni boleh main kt sana....