Saturday, March 26, 2011

Budak Sengal....(Citer bengang aku di kampung)

Ni citer masa aku kat kampung haritu.....masa aku tengah sibuk mengajak rakan-rakan ke kenduri aku. Aku ada bermacam-macam cara nak mengajak kawan ni...ada yang pos kan kad....ada yang melalui facebook.... ada jugak calling..... Tapi yang paling bes yang tak berapa bes sangat ni.... ada yang dijawab dengan marah-marah!!

Citer nyer cenggini..... aku sms kan invitation aku kepada semua nombor kawan aku dalam hanset. Dalam banyak-banyak tu ada la yang dah tukar nombor kan. Jadi, ada la yang tanya bermacam soalan... ada tanya "Sape ni?"... ada tanya "Aku kenal ke ko?". Macam-macam la. Tapi yang paling sakit hati aku dekat sorang mamat nih.

Mamat ni bukanla kawan aku.....tapi balak member aku [Kira kawan aku ni pempuan..tapi balak die yang pegang phone dier]. Aku send la sms lebih kurang macam ni...

"Kepada semua kawan ku.... aku, asey a.k.a Ahsan Nur Mubarak nak jemput korang sume ke kenduri kahwin aku pada 17hb Mac 2011 (Khamis) di Kampung Bla bla bla...... Diharap kehadiran korang akan menyerikan majlis aku ni..... :)"

Yang mana tak kenal tu ok la kan...sebab dah tukar nombor...maknanya si pemegang nombor tu memang tak kenal aku dah. Tapi yang ni lain. Dia call aku balik... Dia tanya aku dengan nada nak cari gaduh....

"Sape nih???..... Cam mana ko dapat nombor ni??.... Baik ko cakap ko sape!!"

Aku dengan tenangnya jawab la.. "Aku Asey.... maaf la kalau salah nombor.... nak contact kawan bernama Siti [bukan nama sebenar].... kalau gitu takpe la...sori"

Dia balas.... " Baik ko cakap mane ko kenal Siti.... Jangan nak tipu aku!"

Aku dari respon tu...tau la kan yang mamat ni kenal member aku..kemungkinan besar balak dia.... so aku balas la... " Aku ni kawan Siti masa sekolah....(siap sebut nama sekolah...tempat tinggal...kelas apa). Kenapa ko marah-marah? Aku nak invite kawan aku datang majlis kahwin aku ni jer.."

Dia pun terus letak tepon...... Bagi korang orang macam ni agak-agak patut bagi penampar jepun ke..... bagi terajang menusuk qalbu nih? Bagi cadangan sikit...... aku malam tu rase hangin je satu badan..... Ada jugak spesis balak yang over jeles macam ni....hadoi

Masalahnya aku dah notice awal-awal sms tu nak ajak datang kenduri.... bukannya " Hai awak..." atau " Lama tak jumpa awak".... Sms lengkap bagitau ajak datang majlis..... Ni mesti jenis otak terputus urat terkehel tengkuk nih....

Aku tunggu je masa majlis kahwin tu....kalau ada member aku tu datang dengan balak die ni... nak aku sound cukup-cukup.... Nak je aku cakap "Tak payah la kahwin dengan orang yang short sengal macam ni.... buat habiskan beras rumah jer.... Kesian baka generasi ko nanti....ada keturunan gila sawan macam si dia nih"

Ok tak cakap gitu?? Hahahha..... Tengah taip entri ni pun rasa meluap nak marah nih... Kepada member aku tu...kalau dia baca entri ni... fikir la balik. Aku tau si dia tu banyak duit....kaya..... tapi kalau dah gila sawan khinzir macam ni..... baik ko solat istikharah balik la.... Menyusahkan masa depan je nanti.... percaya la cakap aku nih..... Bagi korang pulak macam mane?

P/S: Kalau jumpa hari tu..... aku tusuk dengan keris baju sanding...keris kontot pun kontot lah..hahahaha

7 comments:

Anonymous said...

Kasar sgt bahasa anda

p/s: cuma beri pendapat

rara said...

u, dia ade maki2 u tak?
teruk betul laki camni kan?

Pembawa_Wacana said...

Anon: maaf... ni memang entri lepas geram.... biasenye tak gini.... trime kasih atas pendapat anda ..:)

rara: tak maki time tu... sebab tgh blur... tapi geram tu memang dah ada...

neni izazi said...

rasanya klu orang lain buat entry ni lagi byk perkataan **** yang terkeluar kot.sape2 jer on that situation xkan boleh senyum klu dapat col mcmtu.tersangat melampau.
p/s: tahniah to PW kerana mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.not like me. :-p

Pembawa_Wacana said...

Rara: Ops..salah faham...die memang maki aku....aku xmaki die time tu....:)

rara said...

tapi u tak tulis pun yang dia maki u.u je yang maki dia.kahkahkah.tapi i disagree, kalau u ada tahap kesabaran yang tinggi, u tak akan published pun kat blog pun

Pembawa_Wacana said...

rara: Laaa..... Memang dah kate entri bengang.... hahaha. Adakah si lelaki itu sedara anda? He he he

IKLAN BERBAYAR

IKLAN BERBAYAR
Berminat? Terus wassap ke: 011-14957785