Saturday, March 5, 2011

Semakan Sana Sini... SPM, STPM, KPLI, DPLI, GSTT?

Aku rasa bulan Februari dan Mac ini adalah bulan semakan sedunia kot. Semakan untuk keputusan peperiksaan STPM la.... SPM la..... semakan pasal saman la... [Bayaran saman la tu..he he] Semuanya pasal semakan. Pasal keluarkan borang permohonan pun ada...Ada satu lagi yang popular selepas disemak sana sini.... Pasal GSTT... Dengar cerita cikgu-cikgu GSTT yang telah diberhentikan akan dipanggil balik...betul ker?

GSTT atau kurang dikenali sebagai guru Sandaran Tak Terlatih hari tu telah diberhentikan kerana nak penuhkan slot untuk cikgu-cikgu KPLI, DPLI di seluruh Malaysia. Tapi sejak akhir-akhir ini ada satu berita tergempar pasal pemberhentian GSTT akan ditarik balik...

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan berita gembira buat 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang menerima surat pemberhentian pada tahun lepas bahawa notis itu ditarik balik.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata beliau telah meneliti keadaan itu dan membuat keputusan GSTT harus dikekalkan.Sumber yang aku dapat ni dari BERNAMA... Kiranya agak betul la kan citer ni...

Aku mengharap sangat la ni.....sebab wife aku salah sorang dari cikgu GSTT tu... Jangan dia panggil ke Sabah dah la.... menangis aku.....T_T

3 comments:

qhaizaa said...

teringat lagi time aku g amek result spm spm..bulan mac 2007..huhuhu..aku ni punya la cuak....dengan bru pas eksiden...,jalan terhencot2.....huhuhuhu...aku tungu bg mber aku amek semua then bru aku amek....pas aku ja cikgu bg...,aku terus lari pecut kuar dewan(dlm keadaan terhencot tu) sambil dikejari 7,8 org mber aku yg sebok nk tgk result aku..huhuhu.....alhamdulillah...akumelompat kegirangan di luar dewan...:)
pengalaman sekali seumur hidup...:)

Dakjaat said...

terima sajalah jika isteri awak ditempatkan di sabah.. peluang datang hanya sekali tetapi kita sentiasa mempunyai pilihan.. :) Apa kata ikut isteri pergi ke sabah/sarawak? seronok pergi tempat orang. Dapat mulakan hidup baru.

Dakjaat said...

Hi! (^^,) Salam Blogwalking.
DAKJAAT YENN (http://dakjaat.com)
ADMIN BLOGGER'S MALAYSIA (FB)