Dalam duk lepak-lepak di kampung selama dua minggu.... banyak cerita aku duk dengar.... ada cerita pasal orang kampung.... ada jugak duk ngumpat pasal aku punyer majlis..[depan-depan pulak tu..hadoi] Ada jugak duk bercakap pasal politik.... sumernyer aku layan dengar...tapi yag paling bes... aku dengar teori pasal perang di Libya.... bagi aku menarik kerana melibatkan rakan seagama kita.... Mungkin kita juga akan terkena tempiasnya nanti.... jangan nak senang duduk duk goyang kaki jer kat Malaysia ni...
Asal-usul citer ni datang dari Mesir.... Rusuhan di Mesir telah mencetuskan seolah-olah revolusi menggulingkan pemimpin kejam sedia ada di seluruh tanah arab.... Ada yang menyokong dan ada yang tak sokong... Tapi ada yang berfikiran di luar kotak pemikiran majoriti...maksud aku teori aku dengar ni la....
Kalau diikutkan.... ramai yang cakap....memang patut ebnda ni terjadi kan.. sebab pemimpin depa ni kejam... Hosni Mubarak dah tersungkur.... Si Gadaffi je susah nak lepaskan jawatan.... sampai bagi bom kat rakyat dia nak leraikan rusuhan.... ramai yang menyokong serangan Amerika ke atasnya kan..... Bagi si sipulan ni tidak... Dia cakap.... benda ni ada udang galah bapak punyer besar di sebalik batu...
Start dari rusuhan di Mesir.... segalanya telah dirancang..... dari teori psikologi orang arab yang memang terkenal dengan sikap panas baran dan suka buat sesuatu sebelum fikir dulu. Mereka ni aggresif.... tak suka dikongkong dan di nasihati... Suka berbalah dan bertengkar... nak jadi pemimpin depa ni...kene kuat semangat dan keras hati.
Kalau iktkan si sipulan ni... Segalanya dirancang pihak Amerika..atau lebih tepat...si Israel. Depa ni nak buat kawasan sekeliling Israel porak peranda semuanya.... Start dari Mesir...Libya.... Jordan.... Bahrain.... Mungkin akan menular ke Arab Saudi...UAE... Lubnan dan negara serantaunya... Kene ingat.... negara jiran terdekat Israel ialah Palestin... Syria..Jordan dan Mesir.. Semuanya di jangka akan jadi huru-hara.
Perancangan sudah berjalan lancar... dengan si Libya sudah masuk perangkap... Serangan ke atas rakyatnya sendiri [betul ker..ke super impose trick video jer??] telah mengundang kemarahan penduduk dunia... Ibarat kata.... Amerika bagi umpan Kucing... Si Harimau yang makan.... maka berebut la sekawan harimau di kawasan kucing tu... siapa mangsa.....kucing tu jugak.. tak dapat umpan... kawasan dah dirampas harimau... kelaparan sekor-sekor..... paham kan...
Tu memang cara si Israel.... nak isytihar perang secara terus.... tak leh.... kene buat cara selindung... caranya.... berlindung atas dasar "melindungi " rakyat yang ditindas... tapi lepas serangan udara Amerika tu... siapa yang mati?? Si Gaddaffi ke rakyat dia yang tak bersalah tu?? Nampak kan?
Di Bahrain dah merusuh....begitu juga negara arab lain.... Kalau ikut teori si sipulan tu..... dia akan cakap... Amerika atau ISrael akan berperanan menjadi pendamai bagi semua negara tu.... pemimpin depa akan dipilih oleh Amerika.... seperti yang dah berlaku di Iraq, Afghanistan.. Semua negara arab akan jadi lembu dicucuk hidung....
Dan last stage dia ialah.... Israel mungkin akan jadi ketua bagi kawasan tersebut..... Maka timbullah pemimpin agung dari Israel... disanjung oleh semua negara arab.... kononnya menjadi pendamai bangsa arab... Maka negara arab lepas ni akan berfoya-foya dengan hiburan duniawi dan arak..... Judi berleluasa dan islam akan terhakis di bumi arab.... Yang terselamat cuma Mekah... mungkin......
Menarik teori nih.... aku hafal dalam benak aku semata-mata nak post kat blog..... Rasa-rasa korang la... logik kan? Aku rasa macam betul..... Sebab dijangka tahun depan bermulanya era Israel selepas era British... dan Amerika...
5 comments:
wallahulam!!!
mereka cuba mengalihkan pandangan dunia .
mereka tahu 'perancangan' mereka tak boleh gagal .
hmm..boleh difikirkan jugak teori ni...nice article :)
ada logiknya!
agakla..teori nih menarik...nih rase nk blk malaysia nih..
Post a Comment