Saturday, March 5, 2011

Salah Ke Perigi Mencari Timba

Entri ni aku buat untuk segmen anjuran Bro Framestone.... Kredit juger kepada Ery Farieha, pencipta karya agung Timba, Perigi dan Dot Dot Dot....:D

Isu perigi mencari timba...... Hmmmm..... Ade ke perigi bergerak mencari timba yang jugak tak bergerak tu? He he he. Ini entri yang penuh tersirat.... aku suka...aku suka...

Bagi aku tak salah..... mane-mane nak cari dulu pun tak kisah..... Kalau perigi perlukan timba.. maka carilah timba... kalau nak gayung..carilah gayung.... Sama jugak macam timba.... kalau nak cari perigi.... carilah perigi... jangan pegi cari paip bomba pulak!

Memang adat melayu.. timba yang diangkat untuk mencari air di perigi... Tapi ikut zaman sekarang... air perigi disedut melalui enjin ke saluran paip... dan timba (atau baldi) menanti di bawah pili yang mana airnya dari perigi..... Nampak?

Walaupun perigi tak bergerak....tapi ada mekanismanya untuk berjumpa dengan timba.... Ada yang guna kincir air.... ada yang guna paip getah.... terserah kat tuan perigi tu....

Apa-apa pun.... tak kisah pun mana-mana..... Sirah Nabi sudah terbukti.... dan memang terang tang tang perigi yang mencari timba..... Citer Arwah P.Ramlee pun sama.... Cerita Tiga Abdul...Penah tengok tak? Sila la tengok sambil berfikir.... Memang citer arwah P.Ramlee banyak pengajarannya...

Ok bro.....tu jer komen aku pasal Perigi Mencari Timba.... Arios! ... Errr.... Assalamualaikum..:D

5 comments:

specky gurlz said...

hahaha sekarang tengah hot citer ni kesimpulannya tergantung pd individu tuh sendri nak ke tak nak betul kn

AmYcOzZo said...

Mana2 bagi SA ok jer..yg pnting lpas tu x brtepuk sblah tgn :)

Muhammad Burn said...

skrg org da tak pkai perigi... ngeee

~naddy~ said...

betol2. zaman skrg dah lain cket. hehe

iqbalhakimi said...

hehe..biasala ..zaman dah berubah =)