Sunday, February 6, 2011

Saya Ingin Menjadi Blogger Pilihan Di Sahabat Blogger


Selepas kecewa dengan aksi referee yang tak nak bagi kad kuning dekat player Newcastle tadi...maka aku berblogwalking kembali dengan suram dan sugul. Akhirnya aku singgah di laman Sahabat Blogger... nampak ada satu segmen yang agak menarik untuk di join... Sape nak boleh klik SINI. tarikh tamat segmen ialah esok tengah hari.

Ada beberapa soalan yang perlu aku jawab....hadoi.... ni rase macam femes nih..hahaha. Nama aku Pembawa Wacana.... Blog aku diberi nama Wacanaku. Aku pilih Wacanaku sebab istilah wacana amat klasik dan unik untuk golongan muda sekarang. Lagipun aku hanya seorang blogger yang hanya cuba menyampaikan mesej saje...mesej aku tu la wacana dan aku hanyalah seorang Pembawa Wacana...:D

Ni la Pembawa Wacana tu..:)

Aku dah berkecimpung di arena blog selama 2 bulan... Aku daftar blog dah lame..tahun 2009 lagi.. tapi atas sebab-sebab tertentu..blog aku terhenti sementara... Kira mase aku betul-betul aktif...baru dua bulan...:D. Aku buat blog adalah untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai.. Nak tau apa mesej aku...klik SINI. 

Aku harap blog aku menjadi satu medan pembacaan bagi semua golongan masyarakat dan dapat menyampaikan mesej secara berkesan kepada seluruh masyarakat. Sekiranya ada yang berkata.."Aku dapat nasihat ni dari Wacanaku..." atau "Aku dapat info ni dari Wacanaku.." Itu sudah cukup menggembirakan aku...hehe

Bagi aku...sahabat blogger telah memberi ruang kepada blogger untuk mengenali satu sama lain dengan lebih rapat dan juga dapat mengetengahkan blog masing-masing dengan lebih berkesan. Sahabat Blogger telah banyak membantu aku ni.... Thanx Sahabat Blogger!! :D

Ok...tu jer....kalau korang nak tau setakat mane kemeriahan Sahabat Blogger tu.... Join la sekali!! kalau setakat gune broadband tu...memang tertinggal la korang..hahaha.

1 comment:

Azreen Farhani binti Azman said...

hahaha . tersentap saya yang menggunakan broadband ni . huhu