Saturday, February 19, 2011

Kick-Off!!!

Maka beberapa minit lagi akan bermula la Kejohanan Futsal Piala Datok Haji Suhaimy di Kolej Sepuluh. Aku terpaksa bangun awal jugak walaupun tidur pukul 3 semalam. Mata memang mengantuk...tapi oleh kerana program ni di bawah pantauan aku..maka kene la bangun awal jugak.

Hari ni jadual penuh.... start pukul 9.00 pagi samai la pukul 1.00 pagi.... Dari pagi sampai ke petang....pasal futsal ni.... malam ada dua event...meeting futsal dan jadi coach dikir barat... Pening kepala kalau pegang kebudayaan dan sukan serentak..hahaha. Tapi aku rilek jer...badan jer tak leh rilek...huhu

Aku mengharapkan perjalanan kejohanan futsal ni berjalan lancar... Sampai ke besok petang.... Aminnn... Ok guys.... ni entri pantas selepas kesejukan mandi pagi.. Dekat luar tu dah start ada lagu World Cup dah.. Lagu Waka-waka yang mengejutkan aku.... Dan untuk hiburan semua dan mendapatkan aura futsal open ni... aku bagi lagu Waka-waka di sini.....:D

1 comment:

Luqman Zakaria said...

bersemangat dengan lagu waka waka!!