Ermmm....terkedu...terkesima aku dibuatnya......Bukan kerana keputusan pertandingan....tetapi persembahan pada malam itu cukup mengecewakan.
Kolej aku walaupun tewas.....tapi usaha korang tetap patut dicontohi... Yang aku hangin satu badan bila tengok persembahan malam ni..... Ok....overall markah untuk malam Anugerah FESTIK 2011.... 1 daripada 10!!
Nak tau kenape aku bagi sikit....bukan sebab juri...bukan sebab kalah... tapi persembahan selingan... Melampau.... tak bes.... tak sesuai dengan nama siswa siswi UPM dan sangat mengarut.
Maaf la kalau ada yang marah dengan komen aku... tapi dari sudut pandangan aku sebagai seorang muslim dan jugak seorang pegawai....... persembahan pada malam itu sangat tidak sesuai dengan adat melayu dan seorang mahasiswa universiti. Lebih-lebih lagi dari sudut pandangan seorang muslim.
Aku tujukan khas kepada persembahan tiga perempuan yang sangat tidak beretika dan tidak bermoral. Aksi seksi yang melampau dan jugak pakaian yang dikenakan tidak menghormati kedatangan VIP pada malam itu..... Aku tau VIP pun tak suka dengan persembahan itu...tapi atas dasar tidak mahu merosakkan flow majlis.....maka terpaksa bersabar hingga ke penghujung.
Ucapan pemberi anugerah juga agak tidak patut jika dihalusi... Bukan pengacara utama...tetapi pemberi hadiah...dialog yang digunakan seolah-olah mempermainkan agama islam dan merendahkan martabat seorang muslim. Sedangkan yang berucap pada masa tu dua-dua muslim! Apa nak jadi ni??
Aku bukan salahkan pihak tertinggi...aku tau ini adalah salah individu dan jugak pengarah program ni. So, kepada individu yang terlibat.... sedarlah... tindakan korang pada malam itu sangat tidak berpatutan ditonjolkan kepada mahasiswa. Tarian yang amat tidak sesuai.... pemakaian yang sungguh tidak sesuai untuk dipakai seorang yang mengaku muslim...dan jugak tutur bicara yang sangat tidak kena dituturkan di khalayak ramai... Jika korang membaca entri ni...sedarlah dan tolong jangan ulang perkara yang sama... Kerana apa yang korang buat...akan mencerminkan UPM secara amnya kepada seluruh masyarakat di dunia ni.
P/S: Aksi terlupa nak tutup zip pun ada.....tapi bagi aku..yang tu lawak! hahahaha
2 comments:
Tay xpe.. naseb baek aku kat blkang pentas masa tu.. xnampak apa yng berlaku. Klu nampak, mest trauma.. ish2
hurm festik yang pertandingan nanyi tu kan..sempat tengok saringan kat kolej 13 rasenyer..time dtg UPM baru2 nie duk PENDETA ZAABA
ENTRY TERBARU: tips tidur berkualitikita jatuh cinta ke ?, rungutan pelajar
Post a Comment