Saturday, February 26, 2011

Agak Lucah La.....

Sesape yang agak-agak berasa umurnya tak berape cukup...jangan la bace entri ni..tapi kalau dah terbukak tuu...bace je la ek.... Takpe....takde sape tau pon..he he he


Pagi ni aku terpaksa ke Kg. Melayu Subang....untuk membuat perkara "lucah" ..he he he. Laju je sesetengah kawan-kawan kita ni bila dengar perkataan lucah ni ek.... Aku pegi sane sebagai wakil pegawai program pelajar Kolej 10 ke Rumah Amal Kasih Bestari.

Kami ke sana untuk memberi sedikit hasil sumbangan hasil dari kutipan semasa Futsal Open haritu dan jugak edaran tabung derma kepada semua penghuni Kolej 10. Inilah sedikit usaha untuk menyedarkan pelajar supaya jangan ingat semua hidup mewah.... ada jugak yang hidup tidak berapa senang....Maka kami cuba memupuk sifat kesedaran kepada pelajar kolej..


Di samping itu...dapat jugak kami merapatkan lagi hubungan sesama saudara seagama dan jugak menolong semampu yang mungkin kepada golongan yang perlukan bantuan. Name program ni diberi nama KEMBARA KEBAJIKAN PUTRA....

Siap ada aktiviti sukaneka lagi dengan penghuni rumah amal.... memang bagus dan terbaik.... Aku harap nanti...ada jugak team bloggers yang buat kerja amal macam ni... bukan setakat bergathering dan berkenalan...tetapi menolong golongan yang memerlukan seperti ini sambil menginsafi diri sendiri..... Kepada Otai-otai bloggers....Ni cadangan ikhlas dari aku, Pembawa Wacana.

Tak perlu formal pun... bergathering...jumpe dengan mane-mane rumah kebajikan..hulurkan bantuan....beramah mesra bersama penghuni rumah amal... kemudian makan-makan bersama... simple kan? Ok tak Bro Ben?

2 comments: