Monday, February 21, 2011

Komik Manga Kegemaran Si Encem..


Soalan pertama yang mungkin pakat tanya..... siapa si encem?? Tu biarla rahsia dulu... Aku nak bagitau komik-komik feveret die dulu... Mungkin ada yang cakap...cam bebudak baca komik... Ye ker? Korang setuju dengan kenyataan itu? Aku tak....sebab komik lebih baik dari drama korea atau drama telenovela. Kenapa aku cakap gitu? Sebab komik yang aku maksudkan ini banyak unsur-unsur nasihat dia. Nasihat yang boleh diguna pakai untuk kehidupan kita... walaupun kartun komik...tapi maksud tersirat tu penting. Aku tak cakap jangan tengok drama....tengok la...sebab aku pun tengok... tapi sesape yang cakap baca komik tu macam budak...bagi aku tu salah. Korang try la baca dulu....tengok apa kesan kat korang nanti.

Aku cakap ni ada unsur-unsur fakta jugak sebenarnya. Sebab dah ramai yang termotivasi hasil dari baca komik-komik manga ni. Ni la komik kegemaran si Encem ni... Naruto, Bleach dan One Piece.


Naruto memang tidak asing lagi kan...yang tak minat pun tau kewujudan naruto nih. Cuma korang tak tahu citer die pasal ape. Ok....Naruto ni si budak yang takde talent...dungu...bebal... dan bodoh. Dia bukan kacak macam hero hollywood, Dia tak genius.... Dia takde talent langsung dalam sume hal. Tapi dia berjaya menjadi seorang ninja yang hebat dan digeruni. Kenapa?? Sebab dia berusaha...... Nampak? Moral dier memang banyak. Tu salah satu tau.... Dari seorang budak yang memang dipandang takde harapan nak jadi seorang ninja....sampaila dia sekarang menjadi ninja terkuat setaraf legendanya. Sikapnya juga mementingkan kawan dari kepentingan peribadi juga amat bagus untuk dihayati. Sifat tidak sombong dan ceria walaupun dirundung banyak kesedihan juga patut boleh dicontohi. Aku bagi sikit jer review pasal naruto... nak tau...tengok dari awa sampai sekarang. Memang banyak boleh dijadikan moral kehidupan.


Bleach ni lebih kurang sama dengan naruto. Tapi si heronya yang bernama Kurosaki Ichigo ni suka bergaduh. Moral dalam komik ni lebih kepada erti persahabatan. Dan jugak usaha untuk berjaya. Hubungan kekeluargaan juga diselit secara ringan dan korang jugak dapat belajar budaya orang jepun secara am... Moral dier sedikit berbanding naruto.


One Piece ni amat bermisteri sikit. Sebab citer die lebih kurang sama dengan Pirate of Caribbean. Korang tau kan Pirate of Carribean tu ada unsur-unsur sejarah zaman lampau? Jadi sama la dengan One Piece ni. Ada diselit catitan sejarawan kuno... Penjelajahan dari pulau ke pulau...dari negara ke negara amat misteri. Ada yang ditokok tambah...ada yang berdasarkan cerita lama. Ada satu siri tu...citer die menceritakan berkenaan pulau Jawa....ada juga pasal kerajaan Aztec dan kerajaan Mayan....haaa......nak tau bace la. Aku bagi intro sikit-sikit jer..he he.  Tapi korang jangan la anggap citer dier sebijik macam sejarah... ada unsur-unsur dongeng la sikit...dah kata komik. Tapi itu la citer asalnya....hanya yang tau saje dapat ambik input sejarah tu.

Haa....itu la review untuk ketiga-tiga komik yang diminati si encem nih..... sape dier ek? Bro Ben? Aku tak tahu pulak yang Bro ben suka manga. Hehehe. Ujang? Bukan gak....... die tu anti manga. Hahaha. Yang minat komik manga ni adalah si Apek atau Khairul Fahmy.... :)


Tapi bukan die si encem tu..... si encem tu adalah.....

Pembawa Wacana....hahaha... *lariiiiiiiiiik!!*

4 comments:

Wan Zulqhairi said...

Saya suka baca ujang, shin chan je.. yg lain sgt xmengghairahkan.. haha..

arep_lockermonth said...

yup2 yup2 majlah shin chan la best!!!!


arepnakbebel: "GiveAway EdY : KATA KAU!"
arepnakbebel: alhamdulillah! TAK SANGKA!

miss shark said...

oh, naruto shipuden! hehehe..suka juga..

Pembawa_Wacana said...

Wan dan arep: A'ah la..lupe shin chan..haha

miss shark: i like juger...:)

Ping your blog