Saturday, January 15, 2011

Ana Raffali Ikon Muzium...

Lagi citer pasal Ana Raffali... Dulu aku citer pasal kenape die menang AJL ke-25..(klik SINI) Skarang pasal dier jadi ikon muzium pulak..ni aku amik dari berite harian...


KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL 25) Ana Raffali yang sentiasa menampilkan diri dengan berpakaian baju kurung dan kebaya akan dijadikan ikon program tertentu Jabatan Muzium Malaysia (JMM).

Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Ismail, berkata pihak pengurusan Ana Raffali secara dasarnya bersetuju untuk penyanyi muda itu dijadikan ikon bagi program yang akan dijalankan oleh jabatan itu di 21 buah muzium bawah pengurusannya.

Beliau berkata demikian kepada BERNAMA bagi memperjelaskan laporan kelmarin yang mengatakan Jabatan Muzium menawarkan Ana Raffali sebagai ikon setem sempena pameran setem 1Malaysia 1Dunia yang sedang diadakan di Muzium Negara.
Ibrahim berkata, Ana Raffali atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali dipilih sebagai ikon jabatan itu kerana imej dan penampilannya yang sentiasa berpakaian kebangsaan tanpa kekok dan malu dalam persembahannya tanpa mengira tempat.

Ini adalah satu penampilan yang baik dari segi budaya terutama di kalangan remaja, katanya.

Ana Raffali adalah pendatang baru dalam dunia seni tanah air, bukan saja mampu untuk menyanyi dan bermain gitar dengan baik, malah turut mengubah dan menulis lirik.

Pada AJL Ahad lalu, lagu nyanyian dan nukilan Ana Raffali Tolong Ingatkan Aku dipilih sebagai juara.

2 comments:

Wahidah said...

femes tul ana ne skrang kan

iPai said...

rezki dia tuh .. bagus laa kan ..