Wednesday, January 26, 2011

TAHUKAH KORANG - Hubungan Solat dan Waktu


Di sini aku nak bagi tajuk baeek punyer..... kepada yang selalu tak sembahyang tu kan...meh Pembawa Wacana nak citer sikit kebaikan solat kat korang. Ni adalah sebahagian rahsia ilmu Allah yang patut korang amik tau lebih dari ilmu shopping dan jugak ilmu lain.. Aku bukannya nak jadi Ustaz ke ape kat sini...aku cumer pembawa wacana....:D


Aku ada terbaca pasal satu artikel berkenaan pasal ni.. Aku pun dah tak ingat mane aku letak... maka aku pun search la internet pasal tajuk aku tu... akhirnya aku dapat balik ilmu ni.. aku cari khas untuk share dengan korang semua. harap korang bace dengan kusyuknya....


SUBUH - Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.



ZUHUR - Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.



ASAR - Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

MAGHRIB - Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


ISYAK - Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Korang nampak kan kebaikan dan khasiat solat pada waktu-waktu itu kan...aku dulu hairan dan pelik kenape la orang tua suruh solat awal...jangan lewatkan..... itula bende nyer... Patut la aku tengok pakcik makcik yang selalu solat awal dan tak penah miss solat sihat sentiase...

Jadi.....kalau korang nak badan sihat dan kuat....tak semestinye kene minum Milo...korang jangan la tinggal solat tu.. sebaik-baik exercise ialah solat 5 waktu sehari semalam. Tapi jangan ingat nak exercise pulak...Kene ingat buat tu kerana Allah Taala...:D

P/S: Dipetik dari SINI..

13 comments:

Woofer Storm said...

pernah baca ni tapi tak ingat kat mana,coz ilmu allah ni luas,.cuma kita belum hbis nak teroka,thank share info menrik ni..slm^^

najwa's said...

wah, teruja sangat! thanks for sharing ye. :)

Nur said...

haha..perlu ke kaitkan dnegan milo..hahahahha

ana_liyana said...

subhanallah..begitu skali kebesaran Allah..syukran kongsi..

eNciK PiDah said...

info yang m'narik..best baca...mitak izin nak copy n paste..bley??

Siti Hajar said...

inf0 best nie... jangan tinggal solat yek kawan2.. =)

Zue Sancer said...

ahli politik artis yg tetinggl ni..pandai je becakap huhu

cik blogger said...

terima kasih dengan info solat ni! sy sgt2 hargainya~ syukur alhamdulillah..semoga Allah bagi kita kekuatan untuk meneruskan ibadah solat terutamanya~

Browacana said...

@the phantom kid: Boleh..:)

Anonymous said...

thanks for the info.. hehehe

follow ur blog

Sarah Abadan said...

hmm..pernah baca benda ni kt facebook...bagus kan? Allah sangat hebat!

salemaziz said...

bagusnya info ini :)

Unknown said...

prnah trbaca psl ni, tp dah lupa, thanks sbb ingatkn balik.. :)