Friday, January 14, 2011

TAHUKAH KORANG - Rawatan Alternatif Guna Ikan Boleh Sebarkan Virus Hepatitis & HIV!!

Artikel ni aku dapat daripada seorang rakan....jadi aku tak tahu la dari mane asal-usulnya.. Tapi aku rasa alangkah baiknya jika aku berkongsi dengan rakan-rakan blogger aku..semoga bermanfaat....:)

Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik
yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri,

"Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV."

Tambah Dr Amin, "Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air."

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin).

Ikan-ikan ini akan memakan sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika

10 comments:

Aqila Safuan said...

nice info ! btw tak geli keeeee kalau ikan tu gigit gigit tiba tiba die bertukar jadi piranha ...ergggegeggeg


http://aqilasafuan.blogspot.com/2011/01/ciri-ciri-suami-bagaimana-anda-wanita.html

sissyira said...

salam

nasib tak pernah cuba, dia mcam kkongsi air liur jugak kan...tapi air liur ikan..heheh

Pembawa_Wacana said...

Aqila Safuan: Ha'ah kan..tak terpikir... hehehe

sisyira: Haa....bukan setakat berkongsi dah tu.. die bagi air liur terus..hehe

bukan photographer said...

slalu buat spa ikan kat sungai..free..haha

Cik Yana said...

kat malaysia tak haram pun lagi kan?
tapi cik Yana pun tak wat benda ni sebab geli.
Member dah brapa kali ajak pegi fish spa tp tak ikut pun.
dah la cik Yana jenis benda sentuh tapak kaki, sensitif.
kasut tak pe r.
kalau benda lain memang naik meremang r. geli gile.
hahaha~

apisv2 said...

gn ikan seluang

miss raihan said...

da byk kali wat da...pinjam yek nak copy & paste

sarah abadan said...

alaaa...baru nak try spa ikan ni...wuuwuu

Pembawa_Wacana said...

@bukan photographer: Haha...sungai congkak..:)

@Cik Yana: Sensitip gak.. silap2 ikan tu dipijak olehku..huhuhu

@apisv2: ikan piranha lagi bagus kot..:D

Pembawa_Wacana said...

@miss raihan: ok..:)

@sarah abadan: he he he....boleh jer...bela sendiri ikan tu..:D