Monday, February 21, 2011

Selamat Malam...

Ni entri pantas setelah aku berjaga pada malam ni....UPM sekarang sibuk dengan pilihanraya. Jadi pemilihan pemimpin pelajar sangat la hangat di  UPM nih. Dah macam bertanding parti politik secara betul-betul dah. Maka terpaksa la menjaga dan meronda untuk dua tiga hari nih.

Tadi dah la baru lepas mengajar budak-budak dikir barat sampai pukul 1.30 pagi. Mata aku dah berat dah time tu. Sekarang kene jaga sentri lagi. Tapi untuk menghilangkan mengantuk...maka aku menyanyi la lagu patriotik untuk korang..hahaha. Kompem takde sape nak dengar kan..

Ok....tukar lagu...aku nyanyikan lagu dari Faizal Tahir ni untuk korang....semoga korang tertidur selepas ni. jangan stay up lewat sangat...tak elok....hehehe. Terima la lirik lagu dari Faizal Tahir.... Selamat Malam...

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam

Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu

Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang

Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang

Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam

Tidurlah sayangku

Ada orang kata muka aku macam Faizal Tahir...hahahaha. Sape la yang kata tu kan... :D

2 comments:

yaaaa said...

hahahaha macam kat upsi jugak . adoii pelik2 jer tgk sampai nak bako jer kolej heeee

ardinihumaira said...

wah..macam FT ye.. :D