Monday, August 22, 2011

Artis Bela Anjing...Salah ker ? | Pandangan dan Komen Aku

Sekarang aku tengok duk heboh pasal sorang artis terkenal tanah air kita yang tak segan silu menunjukkan gambarnya bersama anjing kesayangan dalam laman facebook nyer... Dia memeluk anjing tu dan sememangnya gambar itu bukan gambar tiruan....asli punyer..... Kecoh habis peminat-peminat dan orang yang suka bergosip nie.... 

Ada yang kata....."Ala...Pegang jer...Tak salah.."... Ada jugak yang kata...."Mana boleh bela anjing!" Ada jugak yang cakap..." Ala....ikut suka dia la nak bela apa pun...."..... Ermmm.... Sebelum memberi komen dan pandangan....baik korang cek dulu pengetahuan korang tentang anjing nie.... Jangan nak komen ikut pemikiran semata-mata.....

Aku cuma nak bagitau.....kalau nak ikut cara omputeh pun.... sila berpada-pada yer... Bela anjing nie sebenarnya boleh dalam Islam....JIKA..... korang ada kebun atau kawasan tanaman yang sangat besar yang korang semput nak jaga kesemuanya..... Dan takde duit nak upah pekerja atau guard nak jaga tanah yang luas tuu..... Bela suka-suka......sebagai hobi atau sebab anjing tu cute.....adalah HARAM!

Apa dalil dan alasan aku? Suka-suka cakap ker? Kepada pemuda-pemudi yang tak sokong aku cakap HARAM..... Sila bukak hadis nabi yer.... Bagi yang muslim....wajib percaya kepada Quran dan Hadis.... Jangan gadaikan akidah sebab nak ikut cara kehidupan omputeh.... Ini hadisnya....

"Barangsiapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, Maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath," Hadis Bukhari Muslim

Dan hukum ini juga disokong oleh mazhab yang empat.... Jadi jangan bagi alasan korang ambik pahaman mazhab lain yer...Hukum bersentuhan tu lain...Hukum makan lain....Hukum memelihara lain.....Jangan pening dan buat-buat tak paham.....

Walau bagaimanapun.....Islam tak pandang anjing tu hina....kene paham yer... kalau la hina seperti orang murtad...dah ada hukuman bunuh dah kan....Tapi Islam tak suruh bunuh pun anjing tu.... Cuma tak boleh membela anjing atas dasar suka-suka..... Hukum sentuh anjing pun sama..... Kalau pasti kering.... Tak perlu samak pun.... Cuma korang pasti ke bulu anjing tu kering? Nak sahih.....kenela samak.... Tau tak cara samak? Bukan pakai sabun yer.....

Jadi apa kesimpulannya? Kesimpulannya..... sila la menasihati artis tu sebaiknya....Mungkin dia jahil dari segi agama.... nasihat elok-elok.... Semoga dia dengar apa yang dinasihati... Nak forwadkan entri nie pun ok jer...Kepada yang masih sokong si artis tu membela anjing.... Sila la muhasabah diri balik.... Korang dah hampir tersesat tu.... Sila la belajar ilmu agama sebelum nak menjawab soal agama.... Tolong la...Sebar-sebarkan la informasi yang baik nie.... Semoga bermanfaat....

P/S: Dulu, aku bela kucing jer.... nak ikut cara sahabat nabi....Abu Hurairah r.a

12 comments:

FAHMI said...

Kalau dah tak pakai tudung,kompem jahil. Hukum yang jelas, pakai tudung pun tak dapat dilaksanakan apatah lagi kes yang jarang-jarang macam ni. Tidak ramai yang tau hukum berkaitan anjing ini tetapi aku rasa semua tahu yang pakai tudung ni wajib. Betul tak? So tidak pelik kalau orang yang tidak pakai tudung membela anjing. Boleh kaitkan macam ni tak?haha

kerisperak said...

Ala...Pegang jer...Tak salah.."... Ada jugak yang kata...."Mana boleh bela anjing!" Ada jugak yang cakap..." Ala....ikut suka dia la nak bela apa pun...."

Malaikat Rahmat tak masuk rumah orang yang membela anjing tuk suka2 atau hobi..

Unknown said...

rasanya semua dah tahu pasal pelihara anjing nie... kat sekolah ustaz/ustazah dah berbuih cite pasal nie... tapi rasanye artis nie saje buat2 tak tahu...

Anonymous said...

dosa masing-masing.
tegur dalam hati je..biarlah selemah iman,jgn kita pun ikut skali.. wallahualam

Unknown said...

aku ada dgr gk psl ni.. memang boleh bela anjing klu untuk tujuan menjaga tmpat.. tp klu bela mcm kucing, memang haram la.. hurm.. manusia manusia.. kna azankn telinga dia ni

tieha ismail said...

dah tada binatang lain ke nak bela...huhuhuhu...

HUD AIKARA said...

Pasal anjing ni saya setuju dengan entry di atas. Ada hikmah Allah tidak membenarkan kita membela anjing secara suka-suka melainkan untuk tujuan lain seperti menjaga ladang. tapi kebanyakkan orang Melayu juga merasakan anjing sangat hina sampai kalau jumpa sanggup membaling batu atau mencederakan haiwan terbabit.Allah telah menetapkan makhluk seperti anjing mempunyai tugasnya yang lain dibumi ini dan mencederakanya secara suka-suka adalah berdosa.Membelanya seperti haiwan kesayangan pun berdosa. yang jelas makhluk ini dicipta untuk membantu ketika peperangan, penjagaan kawasan dan sebagainya.

vendoline said...

artis ni public figue..sepatutnye kne la jaga pe diorang buat

Blog Sensasi said...

mgkn org akan katakan artis semua akan buat gitu sbb banyak dah kes sebegini..kesimpulannya...ramai artis dangkal pasal agama tapi ramai yg dah pergi umrah tu..umrah camana wallahualam

Blog Sensasi said...

mgkn org akan katakan artis semua akan buat gitu sbb banyak dah kes sebegini..kesimpulannya...ramai artis dangkal pasal agama tapi ramai yg dah pergi umrah tu..umrah camana wallahualam

Ce'gu JAERA said...

tiba2 lak saya nak like 100x entri d atas.. setuju sangat2..

cuma sebagai artis tak perlu lah nak tayang2 macam tu.. kang jadi trend dan ikutan plak oleh fan-fan nya... tak pasal2 pelihara anjing dah jadi kebiasaan plak org ramai.. huhu

Hani Shaklee said...

saya setuju dengan pandangan kamu.. my dad dulu jaga nursery.. dia bela anjing kat situ utk jaga nursery tu .. anjing hitam..agak besar..tapi saya tak berani pergi dekat takut walaupun anjing tu kena tambat.. tapi bukan sebagai binatang peliharaan..tapi untuk jadi guard nursery la..my auntie yang chinese tu pun dah buat satu tempat khas untuk anjing dia n tak bawak anjing masuk dalam rumah lagi sebab rumah dia akan sentiasa dilawati oleh adikberadik n anak2sedara dia yang dah islam nie.. makcik saya yang chinese tu pun tau halal haram kami..yang islam sendiri ni plak buat2 tak faham..