Untuk entri nie..... aku nak ambik kesempatan menyusun sepuluh jari kepada semua pembaca...memohon kemaafan zahir dan batin dari korang semua.... Kalau ada salah dan silap dalam penulisan....percakapan... mahupun perbuatan diri aku nie yang serba kekurangan...
Kepada yang mengenali aku nie.... Ku pohon maaf la kalau sebelum nie aku ada buat salah pape kat korang... Mungkin secara tak sedar atau niat nak bergurau... Mintak maaf zahir dan batin.... Kosong-kosong ok...ha ha..
Kepada yang buat salah kat aku pulak... yang suka kutuk aku... yang suka cakap buruk kat aku... atau yang suka cakap belakang pasal aku nie.... walaupun aku tak tau dan mungkin sebab korang aku nie dilabel macam-macam pendapat.....aku tetap maafkan korang... Dengan syarat...haaaa....
Korang janji korang berubah jadi orang yang lebih baik untuk agama korang.... Kalau aku maafkan sekarang..korang tetap nak kutuk-kutuk aku lagi lepas nie.... dosa korang tetap la bertambah... Kan? He he he... Kepada yang kutuk aku pasal blog nie.... Pun aku maafkan secara rela hati dan ikhlas... Semoga korang yang suka mengutuk tu....dapat hidayah dari Allah yang Maha Pemaaf tu...
Haaa...rasa lega bila memaafkan... Sebenarnya tak semestinya menjelang hari raya jer nak saling bermaaf-maafan.... Tapi oleh kerana Hari Raya ni hari yang bahagia dan istimewa... maka aku memilih hari ni sebagai hari memaafkan semua salah silap korang kat aku... Harap korang pun memaafkan aku jugak la ek...hehehe...
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua....Maaf Zahir dan Batin... :)
P/S: Tahun ni berdua....harap tahun depan bertiga...:)
8 comments:
Selamat hari raya.. (^_^)
Nak mintak maaf jugak kalau2 ade komen2 yang mngarut kat blog ni..
salam aidilfitri..ku pohon maaf zahir dan batin..
selamat hari raya! =D
Salam Syawal 1432...
Maaf Zahir Batin...
selamat hari raya aidilfitri...
semoga ceria di pagi syawal nanti...^^
Selamat hari raya aidilfitri Bro..
moga selamat perjalanan pergi dan balik sepanjang musim perayaan ni..
selamat hari raye aseyyy..lambat lak wish.heeeee
Post a Comment