Sunday, August 14, 2011

Giliran Amirul Hadi, Badrol Bakhtiar Pula Dirisik Kelab EPL dan Jepun

Sememangnya pemain negara sudah terbukti meningkat... Kalau tak...mana tak sampai ke tahap sekarang kan... Cuma perlu ditingkatkan lagi...kita jauh lagi nak sampai ke level Comfort Zone dalam bola sepak.... Perlu diusahakan lagi.... Apa yang membuktikan kejaguhan pemain kita ialah... Pemain kita dah mula di usha kelab-kelab luar....Amirul hadi dan Baddrol Bakhtiar menjadi pemain yang seterusnya...


Baddrol Bakhtiar dikatakan berjaya mendapat perhatian kelab dari English Premier League iaitu The Latics...Kenal tak? Ala....Wigan tu.... Kelab EPL tu bai....bukannya kelab divisyen bawahan.... Dikatakan Baddrol akan diberi tempoh percubaan untuk bermain dengan kelab itu.... 


Amirul Hadi pulak... berjaya mendapatkan perhatian dari kelab Jepun dan jugak kelab dari liga Indonesia, Persib Bandung.... Kelab liga Jepun tu tak dikenal pasti lagi.... Cuma yang menariknya....Kalau betul la Amirul Hadi ke Jepun....Beliau merupakan pemain pertama dari Malaysia yang akan bermain di Jepun.... Cayalah!
Pemain-pemain lain yang dah mula ditawarkan ialah Safiq Rahim dan Safee Sali... Untuk Safiq Rahim...beliau dikhabarkan akan ke Persija Jakarta dan Safee Sali pula akan ke Jerman... kelabnya sememangnya mengejutkan aku....FC Koln...Kelab yang sebaris dengan Werder Bremen.... FC Wolfsburg... dalam liga utama Jerman.... Haaaaaah Sempuuuut....

Aku duk tunggu sape la pulak nak beli Norshahrul Idlan Talaha dan si Khairul Fahmi nie.... Depa nie bagi aku berstatus tinggi jugak nie.... Mane la tau depa boleh main liga Sepanyol pulak ker.... Boleh la Shahrul belajar dengan Messi kan.... Khairul Fahmi pulak mane la tau boleh ke liga Itali kan...boleh belajar dengan si Buffon tu..... Pergh! memang WORLD la angan-angan....hahaha.....

Sumber asal dari SINI

P/S: Tak kisah la liga mana-mana... Asalkan dapat menimba ilmu... Go Harimau Malaya Go!

6 comments:

Urzain Hussain said...

player-player malaysia skang sedang kembang bakat diorang..
aku sokong..
barcelona offerlah aidil zafuan..huhu..

Unknown said...

hebak player msia skrg..moga lpas ni pasukan malaysia setaraf dgn pasukan eropah lain :)

mr.D said...

wooo..cayalah player m`sia...

solomolo said...

ramai pemain Malayisa yang berbakat besar !~

FaKArePa!n said...

bola sepak negara kita sudah dipandang negara luar.. tapi satu je aku y tak pasti..syarat untuk seseorang mendapatkan permit kerja utuk bermain di BPL adalah pasukan kebangsaan negara pemain tersebut mestilah berada di rangking bawah 70 terbaik dunia..70 dan ke ats x akan diberi permit kerja.. macam mana BB nak men kat wigan nanti..

Browacana said...

@FaKArePa!n: Entah la...mungkin ada flaws dalam rules tu kot... Macam rayuan untuk seorang jer ke...mane la tau kan...hehe