Friday, August 12, 2011

Blogspot Tukar Blogpot | Blog Santai jadi Blog Bible

Ni mungkin ramai yang dah tau...Tapi aku baru tau semalam....Member aku try kat blog aku... Bagi sesape yang tak tau.... Cuba korang tukar mana-mana blog yang guna blogspot kepada blogpot..... Contoh la kan... Macam blog aku nie.... wacanaku2009.blogspot.com... Ditukar jadi wacanaku2009.blogpot.com... Buang huruf S jer.... Ape akan jadi?? Perghh.....

Nanti akan keluar satu website totally lain giler dengan blog aku!! Dah takde santai santai dah... Keluar bahasa omputeh terus! Aku print screen untuk tatapan korang sumer... Ni la website dier....


Website nie pasal Bible.... Tah ape yang dibagitau...panjang bebenor...Bagi sesape nak bace.... perlu kuat iman dan pedoman Ilahi okeh.... Perlu kuat kepercayaan kepada kebenaran Al-Quran.... Aku ada tengok sedikit sebanyak pasal website nie...Dan aku simpulkan...

Website nie mempersoalkan kitab Bible...yang mana bagi aku ada part yang aku setuju...iaitu kitab Bible sekarang dah diseleweng (maaf yer bagi penganut kristian ) Sebab sepatutnya kitab Injil (Bible) yang asal selari maksudnya dengan Al-Quran.... Jika menyimpang...maka isinya memang telah diedit....mungkin pada masa pemerintahan kerajaan Babylon dulu.... Munculnya perjanjian lama dan perjanjian baru... (Sape tak faham... takper...sebab ni pasal konspirasi dunia)

Part yang lain aku dah malas baca...Cuma...yang peliknya... kenapa website nie muncul hanya dengan buang huruf S sahaja dalam blogspot tu? Mesti sengaja dibuat kan... Sebab bagi aku benda cenggini nie... Menimbulkan persoalan dan meragukan kenapa wujudnya benda macam nie...

Apa yang aku nak bagi nasihat.... Tetapkan hati dengan rukun iman yang enam yer.... dan untuk benda-benda gini..... korang kenalah kuat pasal PERCAYA KEPADA KITAB iaitu AL-QURAN.... Tu sebab kene tau makna dier.... dan hafal ayat-ayat Al-Quran...bukannya hafal benda lain! Ni baca pun tah betul ke tidak.... Wake up guys! Wake up!

P/S: Cuba la hafal surah dari muqaddam je dulu....Tau maksud dan maknanya lagi bagus...:)

10 comments:

AimiiiLove said...

hurmm,org pun ari tu bru tau.hehe thanks ye tlog share2 info. :)

Abang Long said...

Salam...dah terjumpa lama dah. Ingat kawan aku tu saje je main2 suruh aku pergi website tuh..bila aku hantar e-mail tny dia mati2 kata dia takkan buat keje gila camtu. Rupa2nya aku tersilap taip address blog dia dan terus diarah ke website tuh...Apa2pun, elok gak kita panjang2kan kpd semua blogger yg masih tak tau...thanx for sharing.

Latest entry Ziarah vs TV di Hari Raya

Kak Aya said...

kak aya baru tau lepas baca entry ni...terima kasih untuk perkongsian berguna ni.

Asfz said...

salah satu tektik y bleh dikatakan bijak..
perlu lebih berwaspada dan sllu berpegang pada Al-Quran n Sunnah Nabi SWT

thanks for sharing XD

Nur Afifah Mustapha said...

benda ni semakin byk disebarkan. Tp rasanya kalau benda ni x tersebar, org x kan tahu blogpot tu dan org x akan klik utk tengok. Ni secara x langsung dah pun membantu blogpot tersebut. (Bukan salah anda seorang, ramai dah buat. Tp eloklah kita sampaikan pemikiran ni. Wasalam)
2 seconds ago · Like

Isteri Encek Bard said...

ramai yang suh bertukar PW.. tapi Insya Allah saya yakin kepadaNYA... Anggap ini satu konspirasi pada kita umat islam.. Saya ada terklik semalam sekali dan terus tutup.... Nak bertukar pad adomain sendiri, nantilah.. Lagipun blog ini just untuk mencatit apa yang saya rasa jer... Nauzubillahiminzalik.. Mudah-mudahan kita semua terlindung dari pemesongan akidah

wan_cikgumuzik said...

sepatutnya jangan suruh org try bukak website tuu.. cukup sekadar penerangan dan melarang mereka bukak..

tapi kat entri nih awal2 lagi dah menyeru supaya kawan2 tuan mencuba.. sbb tuu saya keluarkan entri suruh hentikan penyebaran..

bukan nak menggalakkan org cuba2 tengok dan bukak... cukup laa sekadar kita tahu yang kita tengah menyebarkan benda tuu..

P/S : balasan kepada komen tuan td..

Browacana said...

@wan cikgu muzik: good point... tapi part ko buat entri tu aku tak setuju.... kan elok ko komen je kat sini dari awal... Niat aku baik....mungkin cara aku tak dipersetujui....maaf la yer...:)

Terbelog said...

mcm mana buat tu ar
pelik..

Unknown said...

Web ni dah ada since 2002 lagi. Dan pemiliknya tentu sekali bukan Islam yang punye.

Setelah ditolak,tambah,bahagi dan gandaan dua, di sini aku buat beberapa kesimpulan awal.


1) blogspot.com tiada kena mengena dengan blogpot.com

2) blogpot adalah satu domain yang didaftarkan bagi dakyah kristian semata-mata

3) pemilihan blogpot.com dijadikan domain adalah kerana keberangkalian pengguna blogspot.com yang ramai untuk menaip url yang salah adalah tinggi. Sedikit sebanyak menolong dalam pergerakan dakyah golongan kristian.

4) janganignore.blogpot.com yang ditaip di url address juga akan dilinkkan kepada blogpot.com kerana apa-apa subdomain di bawah domain blogpot.com akan dihubungkan kepada webpage utama. Contoh : selamat.blogpot.com ->blogpot.com, takberapanakselamat.blogpot.com->blogpot.com

5) blogpot.com tidak dapat dilihat melalui pencarian google. Mungkin atas beberapa sebab dalaman yang tidak diketahui

6) blogpot.com juga boleh dimasuki dengan keyword blogpsot.com

7) ranking alexa bagi blogpot.com/blogpsot.com juga tinggi yang menunjukkan trafik ke website itu sentiasa rancak yang menunjukkan sudah berjuta kali orang ramai tersilap taip url blogspot

8) ranking alexa juga menunjukkan yang website ini di dalam senarai ranking blog yang berpusat di india

9) Mengikut salah satu komen dari PEJA , web ini juga boleh dilayari menggunakan w3school.com yang mana domainnya seakan-akan sama dengan w3shools.com

10) dipercayai domain utama bagi website ini ialah berpunca dari http://amazingbible.org yang berpusat di pangkalan data U.S


Secara mudahnya, tiada sebarang kontroversi dalam isu blogpot.com ini dalam hal blogspot mungkin.Ini hanyalah satu taktik penyebaran agama kristian melalui internet yang ternyata bijak kerana mengaitkan penggunaan domain yang seakan-seakan blogspot yang mana digunakan oleh kebanyakan negara.

Thanks: infoaday.blogspot.com