Friday, August 5, 2011

Kadar Zakat Fitrah 2011 | Waktu Mengeluarkan Zakat dan Lafaz Niat

Sekadar perkongsian untuk semua..... Dalam bulan puasa nie.... ada satu lagi kewajipan yang perlu ditunaikan....Zakat Fitrah...  Kadar asal zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.3kg beras atau senilai dengannya... Oleh kerana harga beras dah naik....maka kadar fitrah mengikut tunai pun naik ler.....

Ni ler kadar zakat fitrah 2011 yang aku ambik dari FB wife aku....he he...
Kadar Zakat Fitrah 2011 (RM)

Perlis : RM 6.00
KedaH:RM 7.00
Pulau PinanG: RM 7.30
Perak: RM7.00
Selangor: RM 7.00
Negeri Sembilan: RM 6.50
Melaka: RM 6.30
Johor: RM 6.50
Pahang: RM 7.30
Terengganu: RM 6.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan: RM7.60
Sarawak: RM7.50
Sabah: RM 7.70
Wilayah Persekutuan: RM7.00
Yang pasal Terengganu tu....aku pun tak pasti kenapa jadi gitu.... Mungkin tak ditetapkan lagi kot.... Kalau nak tau lebih lanjut....sila la tanya pihak terbabit.....
Waktu mengeluarkan zakat pun ada pembahagiannya...... Kalau tak silap aku...ada LIMA waktu.... Subuh...zohor...asar....maghrib dan isyak....Sape percaye memang korang terkena Bang Bang Boom dari aku!! Ha ha ha...... Ok....ok.....serius... Memang ada LIMA.... Ni waktunyer....
  • Waktu Wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya (Malam sambut raya ler...Malam terakhir berbuka puasa...)
  • Waktu yang Paling Afdhal: Sebelum solat sunat Hari Raya (Pagi raya)
  • Waktu Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan (Sepanjang korang duk puasa nie haa)
  • Waktu Makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari 1 Syawal (Tengah beraya)
  • Waktu Haram: Selepas terbenam matahari 1 Syawal (Nak masuk malam raya pertama)
Cara nak lafaz niatnyer..... macam nie :
"Wang sebanyak RM_____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta'ala."

Jangan risau....Kalau tak ingat cara lafaz tu.....nanti tok imam ajarkan.... Sape yang kene bayar zakat fitrah nie? Haa.... Kepada yang dah jadi ketua keluarga (dah berumahtangga)... Wajib ke atas kamu.... Dan kepada yang dah bekerja jugak kene bayar zakat.... Yang mana masih di bawah tanggungan keluarga.... Korang jangan risau...mak ayah korang dah tolong bayarkan.... :)

P/S: Zakat nie sikit jer jumlahnya....Tapi asal susah nak bayar ek? Bukan setakat zakat fitrah jer... Zakat lain pun wajib jugak.... Bayar bunga kad kredit boleh pulak.... haih

3 comments:

aizamia3 said...

bila sebut bab zakat ni.. en. suami akan cakap 'hanya abang yang boleh pegang kepala awak dan anak2 sebab abang yang bayar zakat..' hikhikhik.. ada2 ajelah..

Misz-ella said...

selangor rm7 seorang? Encik somi .. sila bayar RM21 utk famili kicik kita. hihihi.

Luqman Zakaria said...

bayar jangan tak bayar..:P