Friday, August 5, 2011

Datuk Siti dan Simplysiti | Halal ke Haram

Kecoh biler ada yang tunjuk senarai barangan yang tidak melepasi sijil halal JAKIM salah satunya adalah SIMPLYSITI kepunyaan Datuk Siti Nurhaliza..... Dikatakan SIMPLYSITI tidak mematuhi syarat piawaian kelulusan sijil halal dari segi bulu berusnya yang diperbuat daripada bulu babi..... 

Datuk Siti Nurhaliza dah cuba menjawab di twitter nya dengan mengatakan produk Simplysiti nyer adalah halal.... Beliau dah cuba sedaya upaya menjaga status halal produknya dan kecewa dengan sikap beberapa pihak yang cuba menidakkan kehalalan produknya......

Ok...itu komen dari kedua-dua pihak.... Komen aku pulak.... Jika benar produk Datuk Siti tu melepasi syarat pasal bulu berus tu... Sila nyatakan buktinya... Buat satu sidang akhbar mengatakan produknya adalah halal dan dengan bukti-bukti yang sememangnya solid dan tak boleh disangkal.....

Tu jer penyelesaian.... Aku tak nak cakap produk SIMPLYSITI adalah tidak halal.... Cuma banyak produk sekarang nie diragui status halalnya..... Sebab kebanyakan produk sekarang nie..... semua ada secret ingredient dier..... Ramuan rahsia yang tak dinyatakan apa ke bendenya benda yang ditaruk tu..... 

Ni yang aku tau la....produk minyak wangi.....sos-sos... pizza..... tepung ayam McD dan KFC.... Semuanya ada ramuan rahsia yang sememangnya pihak lain takkan tau..... Pasal citer bulu berus tu.... dah banyak yang aku dengar....dan kebanyakan produk dari luar sememangnya guna bulu babi.... Jadi jangan duk bangga sangat kalau guna produk dari negara luar yer.....

P/S: Perang akidah dah bermula... Korang di pihak mana? :)

9 comments:

KhairulZamanKhobin said...

x pernah guna Simplysiti..

: movie mistakes dalam filem FLAT 3A, di sini

DEZAMAN COTTAGE said...

Kalau setakat Siti tu cakap jer baik tak payah layan....better pegang pada keputusan JAKIM keluarkan sebab diaorang dah check material tu...bukannyer nak jatuhkan produk simplysiti....tapi sendiri mau ingat ler produk tu bukan keluaran tempatan keluaran dari luar Malaysia.....so adakah Siti boleh verified dengan mata jer bulu pada berus tu halal....kena ler hantar ke lab untuk verification supaya perkara ini dapat diselesaikan....nak lagi puas hati Siti boleh beli alat untuk pengesan DNA babi....buat analisis sendiri kat lab di Malaysia bila produk tu sampai ke sini....kan lebih nampak profesional dari cakap mulut yang kosong jer.....lain ler kalau Siti nie ada mata khas leh tahu mana Halal mana Haram.....

FaKArePa!n said...

bnyk btol barang berkait babi sekarang ni.. sejak dua menjak ni, kes mkanan yang ada DNA babi paling famous..

nurulain1011 said...

zaman sekarang ni kene berhati hati tahap teliti punya.

Unknown said...

tidak tahu mane yg betol bro.. kalo tidak silap ayie bukankah seblom plncrn itu jakim sudah check akan ketelitian kosmetik tersebut and xsilap ayie produk siti sudah dpt award tu.. harap2 ad bukti yg salih kelak..

K O R I E said...

grr.. simplysiti made in korea
huhu.. xmustahil.. btol
btw.. hope benda ni selesai dgn segera sbb rmai yg blum tahu psl ni.

AimiiiLove said...

suka jugak product simplysiti ni,tp tak pernah gune lg.hurmm thanks sudi share info,kalau tak smpai beble tak tahu hal ni.tanak lah beli.

Ukhtifarhana said...

kalau halal pun xbeli..mahal..ngeee..

Anonymous said...

KENYATAAN RASMI DARI SIMPLYSITI

Merujuk kepada sebaran lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi.

Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut. Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam. Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya. Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.

Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut

BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut.

Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up yang kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif.

Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran.

SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin

Presiden
SimplySiti Sdn Bhd
6 Ogos 2011