Thursday, July 21, 2011

Keputusan Dan Analisa Malaysia vs Chelsea | Live Streaming | 21 Julai 2011


Hari ni Malaysia akan menentang Chelsea puler..... Skuad barisan pemain kita yang akan menentang Chelsea ni tak sama dengan skuad yang menentang Arsenal dan Liverpool..... Skuad nie di bawah kendalian Ong Kim Swee....Skuad Harimau Muda yang dicampur dengan sebilangan skuad senior kita.... Perlawanan akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil jam 8.45 mlm nie.....

Walaupun skuad yang akan menentang The Blues nie pasukan muda.....tetapi pasukan Malaysia akan diperkuatkan dengan kehadiran Hairuddin Omar, Amri Yahyah.... dan lain-lain termasuk pemain tengah Kelantan yang semakin dikenali corak permainannya, Piya.

Aku akan update detail perlawanan seperti yang aku dah buat untuk Malaysia vs Arsenal dan Malaysia vs Liverpool tempoh hari......

Separuh masa pertama menampakkan Chelsea dahagakan gol..... Permainan forward press yang ditunjukkan Chelsea menunjukkan depa tak main-main.... Pemain kita dipaksa bekerja keras bertahan dan bertahan sampai banyak kali membuat kesilapan.... nasib baik penjaga gol tangkas menangkis serangan.... Pemain Malaysia yang banyak dibarisi pemain pertahanan Kelantan berjaya mengekang serangan Chelsea.... Cuma Daudsu, pemain pertahanan kanan kita banyak buat silap...sampai Ong Kim Swee menukarkannya....

Jentera serangan Malaysia tak mampu mencabar penjaga gol Chelsea, Hilario... Jentera kita yang dibarisi Wan Zack haikal, Hairuddin Omar, dan Amri Yahyah langsung tenggelam... Pemain tengah pula...Badri Radzi (Piya), dan lain-lain terpaksa membantu benteng pertahanan kerana Chelsea menekan dari awal....

Aku cuma mampu cakap.... tahniah buat pasukan Malaysia kerana mampu mengikat Chelsea di separuh masa pertama dengan berkesudahan Malaysia 0 - Chelsea 0. Torres hilang sengat la derr....he he he..... Nantikan separuh masa kedua pula....Sudah pasti Chelsea akan menukarkan kesemua pemainnya..

Separuh masa kedua bermula....Chelsea sudah diduga memasukkan pemain utamanya seperti Terry, Drogba, Anelka, Zhirkov dan lain-lain.... Pemain Malaysia ditekan makin kuat.....Tapi nampaknya skuad Malaysia yang nie lebih berdisiplin dan berani.... Pemain Chelsea ditekan juga seperti pemain-pemain liga super Malaysia jer......Hebat!

Nurhafiz Zamani Misbah dan S. Subra memang patut diberi pujian... Dan mungkin sepatutnya boleh lagi menyarung jersi skuad Harimau Malaya....Lebih mantap membaca permainan...Cuma clearance jer agak kurang....Standing Ovation juger untuk penjaga gol Farizal..kerana cemerlang menahan asakan Drogba dan Sturridge sebelum dikeluarkan.....

Menarik! Menarik! dan jauh lebih menarik permainan pasukan Malaysia dari sebelum nie... tetapi akhirnya keutuhan benteng kita bocor juger dengan free kick Drogba yang sepatutnya tidak dikira kerana masih belum melepasi garisan gol.... Tapi takper....baru 1-0....hehehe.... Pasukan bawah 23 tahun negara nie....Pasukan muda....

Skuad Malaysia hampir-hampir mendapatkan gol penyamaan hasil cubaan S. Thamil Arasu.... Sikiiiit je lagi... Aku dah melompat dah.....Tapi sipi je melalui sebelah kanan gol.... Pucat kejap Turnbull... Pujian patut diberikan kepada Shahrul Azwarie kerana berani mencabar Ashley Cole one on one.... dan berjaya mengalahkan Ashley Cole! Kejadian ole mengole satu sama lain juga berlaku... Memang mantap la mentaliti pasukan bawah 23 tahun negara! 

Beza yang sangat ketara cuma fizikal kedua-dua pasukan.... kalau bukan kerana fizikal...aku rasa ada jugak cubaan menarik dari Malaysia .... dan kesudahannya......

MALAYSIA 0 - CHELSEA 1

Tahniah buat pasukan MALAYSIA!!! Memang hebat dan berani.... Inilah baru dipanggil HARIMAU MALAYA..... Mengaum dengan berani...Mencakar Chelsea walaupun Chelsea pakai baju besi.... he he.... SYABAS Ong Kim Swee!!! Syabas MALAYSIA!!
Jika internet korang laju....korang juga boleh tengok di Channel yang disediakan nie.... LIVE STREAMING untuk anda.... Video sama laju dengan ASTRO....dengan syarat....internet korang pun kene la laju....hehe




Sila refresh jika inginkan perkembangan terkini semasa perlawanan berlangsung....

3 comments:

mcm ni lah said...

yeahh malam ni kan ?

Unknown said...

alamak, orang lama pun ada jugak ker...

Blog Wave 110 said...

pergh,,memang updater terpantas,,trimas atas info..sebab aku pon x dpt tgok game 2..