Thursday, July 14, 2011

G-String ?

Ramai yang tak tau pasal aku nak citer nie....Dan ramai yang tak nak ambik tau pasal aku nak citer nie sebab tak de kaitan dengan kehidupan korang di depan mata nie... Tapi agak penting jugak la bagi yang selalu berfikir.... Pasal aper? Pasal G-String ker? Ha ha ha ha.... Memang ada kaitan dengan String....Tapi G tu aku sengaja tambah...ngeh ngeh....

Aku nak citer pasal String Teori.... Sape yang belajar Fizik kat sini angkat jari kelingking belah kiri!! Kalau setakat belajar kat sekolah...memang takde pun teori nie...Yang ni korang akan belajar kalau masuk Universiti ambik Fizik Tulen.... Kenapa penting? Sebab Dalam Quran dah lama sebut pasal teori nie.... Ikutilah petikan dari blog AllSortOfThings nih.... Walaupun dah tak aktif... Tapi belog ni banyak ilmunya...

Sampai tahap ini apakah anda sudah dapat membayangkannya? Sekarang cuba bayangkan alam semesta kita adalah kaca televisyen tersebut. Televisyen dengan 3 dimensi ruang. Maka jarak antara pemerhati lain di luar televisyen ke kaca televisyen itu adalah dimensi ruang keempat yang tidak dimiliki oleh alam kita. Alam di luar alam kita adalah sebuah alam semesta yang memiliki 4 dimensi-ruang.Sekarang bayangkan bila alam semesta dengan 4 dimensi-ruang itu adalah sebuah kaca televisyen. Maka jarak antara pemerhati lain di luar televisyen ke kaca televisyen itu adalah dimensi ruang kelima yang tidak dimiliki oleh alam 4 dimensi-ruang.
Alam semesta kita yaitu 3-brane berada di membrane yang lebih tinggi; 4 brane,atau dengan kata lain alam 3-brane kita dibungkus oleh alam 4-brane. M-Theory mengatakan bahawa alam 3-brane kita memiliki kemungkinan wujud berdampingan dengan alam 3-brane lainnya (parallel universe). Ada berapa banyak parallel universe? Tidak ada yang tahu.Infiniti.

Lalu dimana dimensi 5, 6, 7, 8, 9, dan 10?

Mari kita lanjutkan lagi membayangkannya. Bila alam 3-brane dibungkus alam 4-brane, maka:
Alam 3-brane dibungkus oleh alam 4-brane (lapis 1)
Alam 4-brane dibungkus oleh alam 5-brane (lapis 2)
Alam 5-brane dibungkus oleh alam 6-brane (lapis 3)
Alam 6-brane dibungkus oleh alam 7-brane (lapis 4)
Alam 7-brane dibungkus oleh alam 8-brane (lapis 5)
Alam 8-brane dibungkus oleh alam 9-brane (lapis 6)
Alam 9-brane dibungkus oleh alam 10-brane (lapis 7)

Nak tau citer sepenuhnya....Pegi ler ke blog SINI

"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat?"

(Nuh ayat 15)

"dan Kami bina di atas kamu tujuh buah (langit) yang kukuh,"

(An Naba' ayat 12)

No comments: