Thursday, July 28, 2011

Gossip: Khairul Fahmi, (Elia) Jejari Runcing, dan Dahlia Teck

Mungkin aku seorang yang tersedar pasal benda nie kot....Tapi tak tau la ada kaitan ke tak...  Gara-gara gosip terhangat yang melanda si Apek iaitu Khairul Fahmi Che Mat.... Dikatakan si Apek sudah mula menggoyahkan  hubungannya dengan si gadis comel molek Elia, admin blog jejari runcing nie.... Yang lagi menarik.... nama Dahlia Teck menjadi kononnya punca keretakan hubungan depa semua.....

Semoga berbahagia
Hmm.....jap...jap.... Aku sebenarnya agak kesian dengan depa nie... akibat glemer dan dan jadi retis dalam arena masing-masing (bola sepak dan blogger)... Isu peribadi dah jadi bualan hangat.... apa yang mungkin orang lain tak sedar ialah....Korang perasan tak performance si Khairul Fahmi agak menurun sejak kebelakangan nie? Aku perasan masa lawan Liverpool dan Arsenal haritu..... Performance dier jauh dari persembahan dengan Kelantan.... Mungkin sebab tu Datuk K. Rajagopal tak bagi dier bermain dengan Singapura tempoh hari (Di Stadium Padang Besar)....

Pasal gosip depa nie.... biarla depa yang tentukan.... Sebab aku tak nak sokong mana-mana pihak.... Hanya depa dan Allah saje yang tau.... Mungkin Khairul Fahmi sudah mula merasa tanggung jawab atau beban yang bakal dipikul sebagai bakal suami orang.... Atau si Elia juger ada kekurangan tersendiri... Sape tau kan....

Mungkin jugak krisis lama diungkit kembali.... atau pun sifat gatal Khairul baru menjelma...atau pun dua-dua kene buatan orang sebab dengki....sape la tau kan.... Jadi apa yang aku mampu buat sebagai peminat bola sepak Kelantan.... Selesaikanla masalah korang dengan bijaksana.... jangan menurut emosi...mungkin korang tertipu dengan tipu daya syaitan....atau tipu daya makhluk yang bernama manusia yang dengki tu...

Apa-apa pun... semoga kerjaya Khairul Fahmi tak jatuh sebab masalah nie....dan Elia perlu bertenang dengan hal nie....Biasa la timbul masalah sekali sekala.... Cuba la ajak berbincang dengan tenang.... Cabaran bertunang memang ada... Cuma satu je kene ingat....korang kan dah popular.... pasti ada yang tidak senang duduk tengok korang hepi... Kuatkan la iman di dada masing-masing yer.... Insya Allah kekal bahagia...:)

P/S: Tak semesti apa yang dillihat itu seperti yang dilihat.... Tak semestinyer apa yang didengar itu seperti yang didengari... Fitnah semakin berleluasa....Risau pulak aku....

27 comments:

zool said...

Kalau boleh kisah2 cinta atau peribadi elak2 sebarkan....

cik najihah said...

em..janganlah terlalu banggekan sangat & tayang sangat..
andai kalau lain yang jadi malu nnt

AIN MUSTAZA said...

sokong dgn statement kt ata..
dugaan bertunang..
jgn terlampau show off sgt kebahagian dgn org lain sgt.simpan sket untuk dr kita..

doakan yg terbaik buat mereka.amin..

cik pulau said...

cabaran bertunang itu pasti ada..
sape2 pun.. kan bro???

tapi.. hal peribadi tu, eloknya disimpan la..
tak payah nak kecoh2..
susah jadi orang glemer ni..^^,

RARA aihara said...

harap-harap esok tidak terjejas kalo dia jadi keeper...

sergeant keroro said...

susah jadi retis ni, haha XD

Azie Azman said...

yee..azie sokong performance khairul fahmi dah menurun..
tak fokus and macam berangan je tenagh padang..huhu

hud aikara said...

mmmm...memang berat...kalau si fahmi ni tak bijak tangani masalah dia ni..alamat tak kemanalah dia..harap dia tak merundum kerana pompuan...sbb kalau itu terjadi memang satu perkara yg amat merugikan..

cik ery said...

setuju.
hope depa okay2 je kan.

zarulfarhana said...

dugaan tue...

::contengan hati::)) said...

dugaan bertunang kan,,, tapi hope mereka selesaikan lah baik-baik kan,,
sebab rasanya satu malaysia dah tau cerita diaorang ni,,,
bak kata orang dulu-dulu lah kalau boleh bercinta ke tunang jangan disebar-sebar sebab dugaan nye berat nanty apa2 kemungkinan kan malu,

hope apex jadi macam kembar dua orang tu even ada masalah tetap bagi komitmen yang baik untuk malaysia,, dan cik jejari jangan terlalu emo k ;)


hamboi panjang ;)

Ezad Skytech said...

susah kalau da femes sgt ni..hee~

mas saari said...

dugaan bertunang...biasalah!
kita doakan semoga pertunangan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin...

~nadyahoney~ said...

dugaan bertunang lebih hebat dari dugaan kapel...

aizamia3 said...

selagi boleh elakkan dari terlampau bercerita pada orang.. takut ada yang cemburu atau sakit hati tengok kegembiraan kita.. moga mereka dapat selesaikan dengan baik dan bijaksana..



psstt: terima kasih Bro.. ai dah dapat hadiah GA tu..

http://aizamia3.blogspot.com/2011/07/hadiah-giveaway-bro-wacana.html

Aina said...

dah lama baca isu mcm ni.player bola kaki perempuan, kaki disko, material dll..dr dulu lagi sbb tu bolasepak malaysia x maju2.ada yg hebat sikit dah mula buat perangai bila nama dah popular.mmmmmm:(

suka baca entri tak berat sebelah.cerita sebelah pihak x semestinya 100% betul kan?harap apek 'bangkit' semula

Ujang9897 said...

kau pun pandai gosip2 ni..,hihi


cpt tol cerita apek curang tersebar..kalau salah jadi fitnah wo...kalau betul jadi mengumpat..=)

Pembawa_Wacana said...
This comment has been removed by the author.
Pembawa_Wacana said...
This comment has been removed by the author.
Pembawa_Wacana said...
This comment has been removed by the author.
Pembawa_Wacana said...

@Ujang9897: Jang....ko mesti tak baca habis kan.... :)

Pembawa_Wacana said...
This comment has been removed by the author.
アヌム ちゃん said...

amboihh gosip2 yeee..heeeee

Pn. Sheila said...

asam garam kehidupan...

Adzrien Shoppe said...

bercinta, bertunang, berkahwin memang banyak dugaan. apatah lagi mereka yg terkenal mcm ni. kena kuat bersabar & tak mudah melatah. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. moga mereka menilai kembali kesilapan masing2. sedih bila dengar kata dah putus tunang..mungkin ada org lain yg bersorak gembira.

Anonymous said...

moga tabah..jangan dedahkan sangat hal peribadi...terutama status facebook.

kakchik@ella said...

pendapat KC .. cerita-cerita peribadi bukan semua boleh dikongsi. Kena banyak hati-hati dalam berblog ni.

Ping your blog