Nafsu tu ape ek? yang korang selalu duk sebut "Selalu ikut nafsu" tu......atau "Nafsu Syahwat tol!".... atau macam-macam lagi ungkapan atau sebutan spontan dari korang tu..... Salah ke bernafsu? Kalau aku cakap nafsu buas tu macam mane pulak ek.....he he he... baru tersedar ke tak tau sangat pasal perkataan nafsu tu.....Meh aku bagitau....sebelum tu....duduk-duduk la dulu sambil makan pisang goreng... :)
Haa.....kali ni aku mencedok dari ilmu yang aku baca dari soal jawab Dr. Salam... Aku ni suka berblogwalking...tapi sekarang susah sikit...sebab macam masa dah tak mengizinkan aku berblogwalking banyak-banyak.... Sebab aku dah stat keje balik...keje sambil sambung belajar....penat beb... Tapi sempat lagi nak berblogwalking ke blog ilmiah macam Dr. Salam nie... Dari blog tu.....dia bagitau nafsu ni takkan boleh ditiadakan langsung dalam diri kita......
Dalam Islam, nafsu termasuk dalam unsur ghaib atau rohani yang ada dalam diri manusia. Manusia itu ada unsur rohani dan jasmani. Termasuk dalam rohani ialah jiwa (roh), akal (aql), hati (qalb) dan nafsu (nafs).Jiwa berfungsi menghidup, menumbuh dan membiak. Akal yang menduduki tempat tertinggi di dalam diri manusia mengandungi kekuatan untuk berfikir, menimbang dan mengingat.
http://familiazam.com
Hati mengandungi unsur keinginan dan kehendak. Tumbuh darinya sifat terpuji seperti penyayang, pemaaf dan lemah lembut di samping sifat tercela seperti takbur, sombong, dengki dan khianat.Nafsu menduduki tempat terendah dalam diri manusia. la mengandungi unsur kemahuan, kesukaan dan hasrat. Antara sifat nafsu ialah tak tahu malu, tamak, perampas, malas, marah dan sebagainya (Dusuki Ahmad, 1988: 286).Al-Quran membahagikan nafsu kepada tiga jenis, iaitu nafsu mutma'innah (al-Fajr (89): 27), nafsu lawwamah (al-Qiyamah (75): 2) dan nafsu ammarah bi al-su'(Yusuf(12):53).
Nafsu mutma'innah merujuk kepada jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan yang baik dalam agama manakala nafsu lawwamah ialah jiwa yang sentiasa menegur dan menempelak diri sendiri ketika berbuat baik atau jahat.Ketika berbuat baik, ia menempelak kerana tidak membuatnya lebih banyak dan ketika berbuat jahat menempelak diri kerana sesal. Nafsu ammarah bi al-su' ialah nafsu yang menyuruh manusia melakukan kejahatan dan maksiat.

Jadi, kalau takleh nak buang....macam mane nak membendung nafsu nie? Jawapannya adalah puasa. Tujuan puasa adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan membanyakkan bacaan al-Quran, berzikir, bersolat sunat dan sebagainya. Mengawal dan mendisiplinkan nafsu sebahagian daripada ajaran Islam terutama ketika menjalani ibadat puasa. Islam tidak mengajar supaya nafsu ditiadakan langsung. Islam cuba mendisiplinkan nafsu supaya manusia tidak hanya mengikut nafsu semata-mata.
Paham dah kan.....jadinyer..... kalau ada yang tanya korang mase lepak-lepak kedai kopi tu.... itulah jawapan untuk nafsu.....Selamat meminum kopi....he he he...;)
Sumber asal ilmu - Soal Jawab Dr. Salam... Aku olah mengikut cara blog nie....isi tak ubah..:)
9 comments:
oh.....baru tau......
terbaru!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
http://azlanthetypewriter.blogspot.com/2011/06/lagi-insyaallah-versi-perempuan.html
oowh.
0_o
tak berminat ke beli domain sendiri ?,.
sejak pakai domain ni trafik saya laju jer,.
ranking alexa mancanak2 naik,.
try le beli domain,.
tapi kan kalo entry2 awk kalo letak picture mesti jadi entry cantik nyer,.
terima kasih...ilmu nih
slalu trlupa psl ni, dok pk ikut hati n nafsu je, n abaikan akal
bro wacana : ai laik dis...info + ilmu baru ni...dari x tahu jadi tahu, dari x paham jadi paham...THANKS!!! ('',)
yezza puasa jwpannya
goreng disini
http://azfar9897.blogspot.com/2011/05/saya-suka-tengok-cerita-lucahblueporno.html
kalau letak dalam api nafsu tak kan mengalah..tapi kalau berpuasa tundukla nafsu tu...
tq 4 info..=)
Post a Comment