Tuesday, May 24, 2011

Bagaimana Nak Buat Entri Mantap

Aku lihat ramai blogger baru mencari-cari akan maksud entri mantap.... Sampai ada yang bertanya kepada otai-otai.... atau lebih tepat...blogger yang dah berpengalaman..... Walaupun aku ni masih baru.... tapi aku mungkin ada idea di sebalik maksud entri mantap tu....

Entri mantap ni biasenyer entri yang boleh menarik minat pembaca.... Tapi bukan kesemuanya.... hanya pembaca yang meminati topik tu sahaja yang akan menyukainya.... Tapi memadai ker? Untuk dapatkan entri yang mantap..... entri korang tu mestilah dapat menarik sebahagian lagi dari pembaca yang tak minat pasal entri tu pun.... Maknanya.....ada daya tarikan lain...

Daya tarikan inilah yang susah nak dapat...... Ada macam-macam gaya.....ada yang gaya santai macam aku nie.... Gaya yang rilek yang datang dari hati aku jer..... Tak perlu dibuat-buat.....apa yang aku pikir secara spontan....itu la yang aku tulis..... Tak denyer aku nak edit-edit balik....aku pikir....aku terjemahkan dalam entri..... takde rangka karangan...he he he.

Kadang-kadang kejujuran dalam entri tu sendiri sangat penting.... Korang menulis tu dengan sepenuh hati....kadang-kadang ia akan memberi kesan mendalam... Jangan ada yang menyumpah atau menggunakan bahasa yang ramai tak suka....Gunakan bahasa yang senang difahami....

Ada juger blogger suka guna short form....Kalau boleh elakkan.... Mood pembaca kadang-kadang terganggu apabila depa tak boleh faham sesetengah word korang... Buat je penuh.... Tak skema tak per...janji pembaca faham... 

Senang citer....entri mantap ni memerlukan idea bernas.... kejujuran blogger menyampaikan mesej tertentu..... gaya bahasa.....dan gaya penulisan..... Itu basic kalau nak buat entri mantap..... Yang selebihnya... akan datang dari pengalaman korang sendiri.... 

19 comments:

mad khaz said...

yup2,setuju.

hehehe.

kene cari pengalaman banyak baru leh berjaya :D

Syazwan said...

suka yang last point!

Budak Botak said...

he3, berusaha hasilkan entry mantap lepas nie...

Entry terbaru -> Budak Botak Terpaksa Dedahkan RAHSIA Ni Kepada Cik Anon Semua... (",)

Dhia BellamiZam said...

nice sharing..tQ :)

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

dari pengalaman,ia akan mengajar kt cara yg sepatotnya..

insyaALLAH...

harrazdani said...

setuju...bukan senang nak tarik pembaca..kene faham nmood pembaca...apepun nicee sharing...banyak belajar dari blog ni.

Anif Abdullah ® said...

btui2.. tapi taste pembaca berbeza.Ada suka content yv rutin,hiburan dan info :)

cacing said...

ya! betul2! yang paling susah adalah tuk mendapatkan citarasa pembaca.. tapi nak senang, kita tgk majoriti pengikut blog kita, kalo ramai perempuan, beratkan penceritaan pasal perempuan atau cinta atau tips2 yang berkaitan dengan mereka... boleh guna tak tips ni? heee

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

betul tu susah juga nak buat entry yg dapat menarik semua golongan pembaca.. mak dara pun kena bertapa lagi ni hehe

tia @ Ini Kisah Tia said...

yup ! elakkan dari terus menggunakan short form ..

Siti Suriani said...

shot form ni buat kita lmbat nak membaCA.. kan? :)

iniialahaku said...

still new...sdg mncari idntiti dalam pnulisan...idea??mmg sushla nk dpat...sbb tu slalu je jnguk blog2 yg hebat2

Dim Benihana said...

setuju, short form ni bukan semua faham maksudnya...

wanda arry said...

kena blaja la ni..da terbiasa guna short form laa

Ina said...

Terima kasih sudi berkongsi...

EZAN IDMA said...

sy men tibai je wat entry. haha jujur sudeh

Fathiah Hamim said...

short form sangat berleluasa.

aizamia3 said...

nak cipta bahasa indah aku memang tak reti.. tapi aku tetap hargai mereka yang singgah datang kat blog aku..

Nurul Ashikin said...

betul2. nice entry !

Ping your blog