Sunday, May 29, 2011

Cadangan | Hari Belia Akan Datang

Ok.....aku ada cakap pasal Hari Belia 2011 di Putrajaya nie kurang diserapkan pasal keagamaan..... So, sekarang aku bagi la sedikit cadangan yang mungkin boleh diterapkan untuk Hari Belia akan datang.... Semoga dapat disampaikan....

Disebabkan karnival ni sangat la besar.... disediakan khemah surau untuk tempat solat.... memang dekat dengan Masjid Besi tu....tapi belah hujung satu lagi sangat jauh nak berjalan ke sana.... Sepatutnya disediakan surau khas di sana.... Tandas kan ada portable punyer.....apa salahnya buat surau satu khemah.... Kecik pun takper....janji ada... yang laki terbuka, yang pempuan tertutup... panas sikit pun ok...janji ada ruangan disediakan... Nak ambik air sembahyang, boleh dibuat saluran macam sinki basuh tangan... Takde alasan nak tinggalkan solat okeh!

Macam dekat Karnival Cheng Ho dulu.... surau dah disediakan....tapi tak cukup...tapi tak kisah.....sebab orang kat Kelantan tak segan nak solat dalam booth jagaan depa.... kan bagus gitu.... Tapi aku tak nampak orang kat Hari Belia semalam solat dalam khemah..... So, kena la sediakan khemah surau yang besar untuk depa...

Time maghrib...semalam time kat Masjid duk azan, di khemah-khemah masih lagi aktif memasang lagu kuat-kuat dan masih aktif berniaga..... Apa salahnya kalau buat macam pasar malam kat Kelantan....time maghrib, diarah tutup buat sementara waktu....Ada orang menjaga booth, cuma perniagaan dihentikan seketika.. Lepas dalam 15 minit... baru di on kan balik segala lampu dan aktiviti perniagaan.... menghormati waktu solat...... Kan molek tu.... Aku penah buat entri pasal tu di SINI.

Untuk konsert.....diasingkan lelaki dan pempuan.... Hah aper? Tak menarik? Tak Cool? Kene raba baru cool ke dik? Bukan diskriminasi.... tapi menjaga hak asasi wanita jugak...kalau tak, korang yang jadi mangsa rabaan dan sentuhan lelaki gatai... Apa salahnya duk asing-asing.... Tujuan utama nak tengok konsert kan?

Itu je la sedikit sebanyak cadangan aku nih...... Sebab dari pemerhatian aku semalam....ramai yang burn solatnya.... Mungkin jauh dari booth depa....Nak solat di pejabat bangunan berdekatan....sah-sah tutup nya...mana boleh masuk.... Nak solat di kaki lima....jarang orang berani buat....yang berani jer sanggup buat....kan...kan.... So..... Tu ler cadangan aku....

6 comments:

mcm ni lah said...

bentang aje kanvas kat tengah2 padang tu solat jemaah ramai2 buat macam al farabiband nyer konsert,.

Eiza GreenAppleKu said...

Sokong cadangan wacana ni tapi ada ker yg nak buat?

msredcheesecake said...

mr pw,
benda cam ni kene sgt ramai bersuara baru ada reaction dari pihak yang sepatutnya sebab tak ramai yg kesah.di mana silapnya tak tau la...

senyumSOYA said...

betul2.. time hot air ballon ada plak surau disediakan..

nak berhibur kena igt akhirat gak..heheh..
(^^!

Ibu Muda 30series said...

agree 100%. hari sabtu tu saya tengok azan dah berkumandang, kami bergegas meninggalkan tapak karnival, tapi di lorong seni tu dorang semakin galak menyanyi...buat prsembahan... hurm..merosakkan belia

mummyrinazone beauty said...

mummy mmg tak g lah sejuta belia tuh..mana larat nak jalan dah sarat ngandung..tapi mmg btul taw,masa azan berkumandang adalagi org oasang muzik..tak baguslah cenggitu..tak hormati azan.mummy jelas dengar di rumah mummy p18