Thursday, May 26, 2011

Cerita Malam Jumaat


Cerita ni aku aku tak ingat dari mana aku dengar....tapi aku nak share dengan korang... Oleh kerana malam ni malam Jumaat.....Sambil rehat-rehat di malam hari....apa salahnya membaca cerita ringan dari aku nie... Semoga bersantai dan bergelak bersama yer....:)

Citer nyer begini....

Malam itu malam Jumaat. Bashir ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu

"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Bashir pada Tipah, isterinya yang sedang menyusukan anak bongsu mereka.

" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"

" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Bashir, sambil ke bilik air mengambil wudhuk...Setelah mendapat kan songkoknya, kitab Al-Quran dan meminum seteguk air sejuk....Bashir bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya...

"BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM"

" Bang!! Anak dah tidur" Terkejut Bashir mendengar suara Tipah yang membawa khabar baik kepadanya dalam jangka masa yang begitu singkat.

Apa lagi, Bashir pun terus meneruskan bacaan Al-Qurannya, " SODAQALLAHUL'AZEEM "

Tu lah dahsyat nya malam Jumaat...... he he he....

Moral: Jangan ganggu orang yang dah berumahtangga di malam Jumaat...:)

12 comments:

Unknown said...

suke moral tu bro..tp terganggu dah ni=P

Unknown said...

suke moral tu bro..tp terganggu dah ni=P

CIK CIRA said...

haha..kelakar plak

Tunsha Ayunie said...

Baikkkkk punyeeeeeeeee!!!

Tulus Sweet said...

patutlah malam ni ramai ganggu saya. tak kahwin lagilah katakan..huhu

vampire's lovex said...

hahahaha... terbantut laki dia nak ngaji..

Abang Long said...

Salam...ngaji gak tu walaupun sepotong ayat..huhu

Shasha Mohamed said...

Camner tu? Cepat betul anak2 mereka tidor.... ;)

gadis oren said...

haha , laju jerr ekk , nak ngaji pown terbantut :D

Amin Zaki said...

haha....

bawal crepe putih said...

dgn pantas nyee.. haha xP

zarul farhana said...

penah gak dgr cta nie dulu2...