Tuesday, May 17, 2011

Sejarah Hari Wesak

Pada hari Selasa, 17 Mei 2011... adalah cuti kelepasan am bagi semua penjawat awam..... Sebab hari ni adalah Hari Wesak.... apakah hari wesak nie? Hari yang menyebabkan korang menagis teresak-esak ker? Atau hari sambutan korang nak bershopping sakan? Ke ada orang Islam nak sambut hari Wesak nih? Untuk menjawab persoalan tu.... kena la tau sejarah hari Wesak......

Hari veesak atau dikenali oleh kita Wesak day ialah bersamaan malam 15 bulan 6 (kiraan kelander lunar thai) dikenali,"Veesakhabhucha", dimana aktiviti sembahyang, wean tean (pusing lilin) di wat-wat buddha, akan diadakan buat penganut buhddha seluruh dunia hari ini. Wesak bersamaan dengan hari prakpudtakchao (Gautama Buddha) lahir, berjaya tradsaru (enlightenment) dan ke syurga. Veesakhabhucha(wesak) singkatan dari perkataan "veesakhaphrurakmeebhucha".

Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

Hari wesak ialah salah satu hari penting dalam agama buddha kerana hari ini jatuh bersamaan 3 perkara kejadian penting dalam satu waktu ialah hari lahir, berjaya dan ke syurga Gautama Buddha. Antara 3 kejadian penting ialah - 
  1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
  2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
  3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.
Disebab 3 perkara penting menjadi serentak dalam tarikh dan bulan yang sama walaupun jarak perbezaan tahun lamanya,dengan itu wujudlah hari ini,wesak day untuk mengingati agama buddha dan gautama.
SUMBER - Wikipedia

Maka itulah Hari Wesak yang korang dapat cuti kelepasan am nih..... Salah ke cuti? mana ada salah.... Sama dengan hari-hari lain jer.... Tapi kalau boss tak nak bagi cuti.... Maka bekerja la korang yer.....hihihi  

5 comments:

harrazdani said...

nice info bro...kadang-kadang kita hanya tahu bercuti tanpa mengkaji dengan lebih dalam apakah sebab kita bercuti.

BRO_MONDAY said...

bro wacana : gud info ('',) tadi jem kat Kajang menghala Putrajaya...ai ingat ada apa, dalam hujan renyai2 tu diorang berarak bawak kete berhias patung2 agama diorang...polis jaga jalan!!!

Srikandi Bonda said...

Assalamualaikum. Selamat bercuti semua. ^_^

♥ AMOYELLA said...

yang penting... amoy dpt jugak cuttttttttiii...hoyehh!

Zulfikar Hazri said...

thanks utk info.. :)

IKLAN BERBAYAR

IKLAN BERBAYAR
Berminat? Terus wassap ke: 011-14957785