Friday, April 22, 2011

Walaupun Aku Ni Orang Kelantan, Aku Tetap Tak Sokong Amir!!

Wahai penyokong-penyokong Amir.... Hah? Amir mana? Amir yang tengah top tu ler..... Amir Maharaja Lawak tu..[lawak ker?] Tolong la jangan menjatuhkan maruah si Amir lagi... Aku sudah tak sanggup nak tengok dier kena maki lagi oleh juri...

Bukan sebab tak sokong....tapi memang bakatnyer kurang menyerlah dari segi lawak dan persembahan berbanding orang lain.. Si Amir bagus dari segi berani tampil ke hadapan....tapi sekarang ni dier sedang bertanding untuk mendapat Maharaja Lawak. So.... sepatutnya orang yang dapat menjuarai pertandingan ni seorang atau kumpulan pelawak yang dapat membuatkan kebanyakan dari kita ni....ketawa! Masalahnya....lawak si Amir tak sampai kepada pihak penonton.... Jadi, kenapa undi lagi?

Bukan masalah kesian tak kesian.... kita nak jaga level pertandingan tu sendiri...sekarang ni level Maharaja....bukan Raja lagi dah. Sepatutnya semua peserta dalam rancangan ni dapat menghasilkan lawak yang berkesan. Dah takde istilah "Cuba lagi minggu depan" dah. Kalau tak lawak....jangan la undi. Bukan Amir jer....mane-mane yang tak lawak....sila jangan undi.

Aku dah expect minggu pertama lagi dah si Amir keluar... bukan sebab benci atau anti....tapi sebab memang tak lawak! Minggu ketiga je ok sikit.... itu pun sikit jer....siap juri hentam giler-giler lagi. Tapi masih dapat stay dalam pertandingan. Kenapa yer? Aku expect paling lama Amir dapat bertahan pun dalam minggu ni jer....minggu depan kalau stay lagi...... Aku rasa sistem undian ni dah tak relevan untuk level Maharaja nih...

Amir tu boleh berlakon..... tapi melawak tak boleh... mungkin dia boleh melawak kalau dalam bahasa Kelantan....atau lawak skrip yang diberi pengarah citer tu sendiri....tapi sekarang ni pertandingan...Pertandingan perlukan kreativiti sendiri untuk melawak....dan jugak audiens dier adalah untuk seluruh rakyat Malaysia.... Kalau dia dah tak boleh nak mengubah levelnya sendiri.... jangan la kita memaksa lagi... Biarla dier teruskan dalam dunia hiburan ni sebagai pelakon. Ok je kan? 

Kepada peminat Amir....dengarla luahan rasa peminat Maharaja Lawak nih... jangan down kan level Maharaja Lawak.... Amir tu dah ada career sendiri dah dalam dunia seni..... Biarla dia membawa diri sebagai pelakon...pelawak bukan untuk dirinya... :)

P/S: Undilah saya di SINI. Saya sebagai wakil Parti Newbie...Kita perjuangkan newbie dalam Blogger Of The Year...hahaha

6 comments:

Cik Pulau said...

PW.. betol2.. even cik pulau ni ore klate gop.. tp x bape nk minat pn amir..
err... padahal xpernah layan pn maharaja lawak neh.. adehhhhh~

Deorchid said...

betul ape yang akak cakap tuh...
kesian tengok kt amir...
huk3....

::Mastura Zakaria:: said...

kesian gak ngan dia, taktau nak gelak kat mana, huhu...adesssss..jadi macam sesi memalukan diri la plak...

Atiqah Safian said...

Kesian sebenarnya tengok Amir.. Patutnya pengundi undi dari segi lawak, bukan sebab sikap kenegerian..

Uji Hussein said...

Betul!Setuju sangat2.Bukan anti kat Amir cuma kesian sebab .... entah le.Kelantan ke tak tak kisahlah asalkan betul2 berbakat.

Cik Bayu said...

tak pe la..
sekurang2nya minggu ni performance dia dah makin ok ckit.
mamt khalid pun puji dia tadi..