Monday, May 9, 2011

Kisah Sedih Pasangan Bahagia Siri 2

Ini adalah siri cerpen..... segala permulaan cerita....kene bace dulu SIRI 1. Ini sambungan dari SIRI 1..... Semoga mendapat manfaat....

P/S: Wacana Tiga Blog Pilihan sedang berlangsung (Segmen Bro Wacana). Nak join...klik SINI 

KISAH SEDIH PASANGAN BAHAGIA SIRI 2
Si lelaki rasa dia perlu bertindak demi menjaga hubungan dirinya dengan si isteri.... Dia tidak mahu hubungan yang terjalin selama beberapa tahun musnah begitu sahaja... Maka si lelaki mengambil kunci keretanya dan menghidupkan enjin kereta kancil nya... Hala tujunya tidak lain dan tidak bukan....rumah kakak iparnya di Melaka.... Walaupun tidak tahu jalannya.... Tetapi si lelaki bertekad ingin berjumpa si isterinya yang dirindui dan disayangi....

Si lelaki membawa keretanya dengan laju....Fikirannya melayang-layang memikirkan masalah mereka ini... Dengan halaju selalu melebihi 120km/h.... Menuju ke Melaka... Kalau boleh si lelaki ingin menjemput si isteri dan cuba menyelesaikan masalahnya ini dengan baik.... 

Manakala si isteri.... sibuk melayan chatting kawan-kawan dalam facebook di rumah kakaknya.... Sambil berchatting....sambil mengumpat akan suaminya.... Selalu mengutuk akan suaminya yang dianggap tidak membantu dan sudah berubah... Mula rapat dengan kawan lelaki lamanya.... Bergelak ketawa tanpa rasa bersalah meninggalkan suami di rumah keseorangan.... 

Sekali telefon si isteri berdering.... si isteri pun mengangkatnya..... dan terus terlepas jatuh hansetnya ke lantai.... Si isteri pengsan. Kakaknya terkejut pabila melihat adiknya rebah tersungkur tiba-tiba.... Talian telefon sudah terputus..... 

Pabila si isteri mula sedar.... terus menerpa kakaknya yang duduk di sebelah... dan menangis teresak-esak.... kakaknya hairan dan tertanya-tanya.... Terus si isteri mengajak kakaknya keluar.... Keluar ke hospital di Seremban. Kakaknya bertanya kenapa.... maka diberitahunya si lelaki mengalami kemalangan.... kereta hancur dilanggar lori.. keadaannya tenat.... Kakaknya terpaku.....

Setibanya di hospital.... terus ke wad berkenaan...si lelaki kelihatan berbalut dan kaku.... Si isteri datang ke sebelah si lelaki... dan terus memegang tangan si lelaki yang berbalut.... Si lelaki sempat berbisik kepada isterinya.... "Sayang....apa khabar.... Abang rindukan sayang....Tapi.....Urm...Semoga..........sayang bahagia.......abang.....sampai di sini saja.....maaf......tak dapat bagi... apa yang sayang nak.....maaf........ Abang...sayangkan sayang.... sayang sangat-sangat....sayang hingga ke akhir hayat....". Dan terus menghembus nafasnya yang terakhir....

Si isteri meraung kesedihan..... rasa bersalah menyelubungi diri.... kerana sebelum berjumpa si lelaki.... doktor sempat menahan si isteri....dan memberi hanset suaminya itu....dalam hanset itu ada mesej yang tak sempat dihantar kepada isterinya..... "Sayang, abang on the way ke rumah kakak sayang....Di mana rumahnya yang.... abang tengah drive nie....abang duk di H......." Mesej yang tak sempat dihabiskan kerana masa itulah lori hilang kawalan dan merempuh suaminya.....

Doktor sempat juga bagitau... si lelaki menyuruh dia menelefon isterinya....kerana si lelaki tau ajalnya sudah dekat....si lelaki mahu menatap wajah si isteri buat kali terakhir sebelum menghembus nafasnya yang terakhir.... Si lelaki cuba bertahan...menunggu kedatangan si isteri.... dan akhirnya tercapai hasrat terakhirnya..... Dan satu buku diserahkan kepada si isteri.... Buku si lelaki..... seolah-olah tau akan ajalnya sudah tiba....si lelaki sempat menulis semua niat baiknya dan semua yang dibuat demi hubungan mereka.... Segala perbuatan si lelaki disemai di dalam buku diari itu...

Si isteri hanya mampu menangis dan menyesal atas perbuatannya....Menyesal akan kebahagiaan di depan mata diabaikan.... Menyesal yang segala perbuatan si lelaki disalah anggap.... menyesal yang si isteri hampir berlaku curang terhadap suaminya yang amat setia dan hanya memikirkannya.... Tiada orang lain di sudut hati suaminya..... Tapi semuanya hanyalah penyesalan.... si lelaki sudah pulang ke rahmatullah.... Segala impian si lelaki tidak kesampaian...impian ingin membahagiakan si isteri dengan titik peluh sendiri.....

~SEKIAN~

5 comments:

bawal crepe putih said...

sayangilah org yg mnyayangi kte ;)

Wafiy Suzly said...

sokong emeera

senyumSOYA said...

T.T

yaya said...

salam br0 wacana..
aduhaiii sedihnya ending gni..
yaya ingtkn happy ending..
tp yelakn, realiti hdup sbnar p0m blm tntu sumenya happy endingkn..
teruskn bercerita ye br0

harrazdani said...

ingat orang tersayang....jgn gunakan Handset semasa memandu.:-(