Aku tak berpihak mana-mana... cuma sangat sedih dengan keadaan dunia politik sekarang. Seolah-olah tuduh menuduh ni adalah mainan mereka jer.. Takut pulak aku tengok. Dulu-dulu ayah aku penah suruh aku berkecimpung dalam dunia politik. Kalau gini la dunianya.....memang aku tak nak involve der...
Perkara peribadi kalau boleh hendaklah ditutup... ni aku petik dari entri Bro Ben.... dan jugak dari ustaz sendiri... Klik SINI bagi sape-sape yang tak percaya cakap aku nih...
“Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim).
“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: ayat 4).
Hafal la hadis dan ayat suci nih..... Sebenarnya setiap muslim kene la menghafal hadis-hadis dan ayat suci.... tapi yang dihafal sekarang?? Aku masih menantikan rancangan JANGAN LUPA HADIS di tv sekarang... Mesti menarik kan....tengok yang masuk rancangan ni komfem la dari sekolah pondok atau Maahad je kan? Aku kalau boleh nak je tengok peserta dari sekolah MARA ker.... sekolah berasrama penuh ker.. Universiti awam dari jurusan selain jurusan agama ker...Baru setanding dengan level pengajian kan?
Bila dah hafal hadis dan ayat-ayat suci.... baru tau apa yang betul apa yang salah. Kalau ditakdirkan semua pemimpin negara kita kecuali yang bukan islam mewajibkan supaya hadis dan ayat suci dijadikan syarat untuk dijadikan pemimpin...... Aku rasa benda pengaiban cam ni takkan jadik. Tak kira la pemimpin ape pun.... kalau boleh setiap pemimpin parti politik, kalau dia seorang Muslim... patut dijadikan syarat utama...ialah ingat semua benda wajib ni.... Ada bran?
P/S: macam menggalakkan orang ramai tengok video seks jer kan...he he he
Undian Lisa dan Fasha masih dibuka...klik SINI
Undian Lisa dan Fasha masih dibuka...klik SINI
2 comments:
tu pentingnya pemimpin seorang yang berilmu..
hafal hadis tu susah kan :(
Post a Comment