Thursday, May 5, 2011

Akibat Cemburu, Tunang Ditikam

Bila penat belajar dan memecah kebuntuan membaca jurnal...terpaksa la lari sekejap... bukak paper online.... Sekali tertarik dengan berita ni... Berita pasal tunang ditikam bertubi-tubi akibat cemburu.... Apa nak jadi dengan masyarakat kita ni?

Aku tengok dalam rancangan discovery semalam di astro.... pasal jenayah antara suami isteri... si isteri bunuh suami.....suami bunuh isteri.....emak bunuh anak sendiri....apa nih?? Dah macam haiwan dah perilakunyer.... Rancangan semalam tu kebanyakan pesalah adalah dari negara luar.... lebih tepat dekat Amerika la... Tapi tak sangka di Malaysia pun ader..... Kat mana la depa ni letak agama dalam diri yer..... Kalau betul agama menjadi pegangan.... takkan jadinyer perkara begini..... Aku bagi sedikit sebanyak berita pasal ni...

BUKIT MERTAJAM: Seorang pekerja kilang yang cemburu dan panas baran dipercayai menikam tunangnya bertubi-tubi sehingga mati menggunakan sebilah pisau sebelum meminum racun, di stesen minyak di Jalan Perusahaan Prai di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, Karimah Jusoh, 25, ibu tunggal dua anak, ditemui berlumuran darah di bilik persalinan stesen minyak tempat dia bekerja, ditikam di perut, dada serta cedera di leher dan beberapa anggota badan. 


Selebihnya....klik BHARIAN

P/S: Wacana Mesra Blogger Masih Berjalan Hingga ke tengah malam nie.... Nak join....KLIK SINI

7 comments:

Jay said...

Cemburu mengikut nafsu tanpa menggunakan akal,begitulah yg jadi kat manusia.Syaitan pun mulalah menhasut suruh pukul n bunuh..Tapi kalau kita cemburu mingikut iman dan gunakan akal,semua tu xkan terjadi..

mynameismy said...

dah bace!
mengong!

Munna said...

bila sakit hati tu dah x terkawal, mmg sng la keje setan...tu psl lau rasa nak hot tu istighfar byk2...

s1t1 2uL41k4 said...

aku tau la time tunang banyak dugaan... tapi nak berbunuh2 sebab cemburu tu, memang tak berbaloi lah..

Shiela Firdaus said...

sekarang nak keluar berdua ngan husband malam pon takut! takde sifat kemanusiaan dah derang ni!

risa said...

takutnya menghadapi hari2 mendatang:(

dayang said...

huk3..sadis tul kehidupan d dunia dan d Malaysia ni kan...OMG~

IKLAN BERBAYAR

IKLAN BERBAYAR
Berminat? Terus wassap ke: 011-14957785