Thursday, July 28, 2011

Analisis dan Keputusan Akhir Malaysia vs Singapura | 28 Julai 2011


Malaysia akan menentang Singapura hari ini di Stadium Bukit Jalil bagi perebutan tempat untuk memasuki pusingan kelayakan piala dunia 2014 peringkat kumpulan asia.... Sebelum nie.... Malaysia atau Harimau Malaya telah pun tewas 3-5 kepada Singapura di Stadium Padang Besar.... Perlawanan kedua ini akan menentukan siapa yang lebih layak..

Malaysia masih ada peluang untuk melayakkan diri jika berjaya menewaskan Singapura dengan sekurang-kurangnya dua gol perlu dijaringkan.... perbezaan dua gol yang boleh membawa kemenangan berpihak kepada Malaysia ialah.... 2-0, 3-1, dan 4-2.... Lebih gol... memang sah la kita menang kan... Kurang gol....melepas la kita.....

Nampaknya Pasukan Malaysia menurunkan Khairul Fahmi sebagai keeper utama..... harap dia tidak terganggu.... Perlawanan dimulakan.... Permukaan padang sudah bukan alasan lagi..... Permainan Malaysia kurang menarik untuk awal-awal nie.... Khairul Fahmi dipaksa bekerja keras kerana kesilapan defender berulang-ulang.... Agak tenggelam permainan kita berbanding skuad Singapura untuk 15 minit pertama nie..

Pada minit ke 22.....Aidil Zafuan dikeluarkan akibat kecederaan...digantikan oleh Muhaimin.... Malaysia masih lagi tenggelam... Dan Singapura bermain masa...asyik injured jer pemain nya.... Taktikal psikolgi dilakukan.... Sabar Malaysia...sabar.....

Malaysia diasak dan Khairul Fahmi sememangnya tidak terganggu langsung dengan kisah gosipnya.... Memang menjadi hero untuk separuh masa pertama......Dan tamat separuh masa dengan keadaan yang sangat mengecewakan...... 0-0.

Separuh masa kedua bersambung..... Pasukan Malaysia tampak lebih bersemangat tetapi defend Malaysia masih lagi membuat kesilapan.....Dan Singapura pula masih lagi cedera dan cedera.... Memang sakit hati aku tengok! Ref!!! Bagi kad merah jelah kat semua pemain Singapura tu!!

Tetapi....harimau tidak mudah nak mengalah!!! SAFEE SALI berjaya menjaringkan gol untuk Malaysia pada minit ke 57.... Hantaran dibuat oleh pemain paling rajin dalam skuad Malaysia, Gunalan..... Kamon Malaysia!!

Dalam minit ke 72.....Malaysia ter SENTAP!! Singapura berjaya menjaringkan gol penyamaan.... Nampaknya Malaysia tertekan dengan masa hanya berbaki 18 minit sahaja.....Singapura sangat hebat pada malam nie.....Kerana SANGAT PANDAI BERLAKON!!! Malaysia cuba menyerang habis-habisan untuk mendapatkan gol.... tetapi taktik membuang masa Singapura memang menyakitkan hati... Dan akhirnya Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan selepas Fakri Saarani dilayangkan kad merah.... MERAH?? Hmm... layan je la...

Dan masa pun tamat dengan keputusan......MALAYSIA 1 - SINGAPURA 1...

Dan keputusan penuh...

MALAYSIA 4 - SINGAPURA 6

Walau bagaimanapun.... Syabas pasukan Malaysia kerana telah cuba sedaya upaya.... Dan syabas pasukan Singapura kerana pandai BERLAKON!! Semoga berbahagia la pasukan Singapura menjadi punching bag pasukan lain masa kelayakan nanti....he he he

4 comments:

Norhisham Nordin said...

ko nak aku buat liputan langsung dari stadium tak..? huhuhu...

Lulu Caldina said...

Blog ni sudah tersenarai dalam bloglist Lulu-Pages ;)

aizamia3 said...

bagus2.. kalau ai tak sempat nengok live, pagi sok ai tengok je keputusan kat blog ni ye..

Norhisham Nordin said...

tapi mmg btul2 menyakitkan hati... dlm padang terbaring, tunggu org dtg angkat pastu bila dah kat luar padang otomatik terus bangun jalan... aku rasa mcm nak gi pijak2 jek kaki dia biar patah terus... takyah berlakon2 lagi...