Itu persoalan aku bagi kat korang..... dari mana sumber mengatakan soya ni sangat bagus? Sape yang selalu canang soya tu bagus? Aku makin pelik bila aku bercakap dengan sorang mat salleh...semasa aku join konferens dulu... Dia bagitau aku...dia pelik kenapa soya sangat popular di Malaysia..sedangkan soya ni makanan tak sihat! Nampak....nampak tu....
Ni fakta yang aku dah banyak kali terbaca (Sumber dari blog INI)....
- Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
- Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
- Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
- Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).
(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)
Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian.
Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.
27 comments:
hidupp sooya!
HUH .. memang tak suke soya ..
ish takot la pulak naseb baek jarang minum .. just sekali sekala je ;)
ermmm..
minuman soya dari kotak x baik sgt since kebanyakn produk soya sekarang adalah GMO.. means, soya yang ditanam dah diubah secara genetik sebab tu bawa byak problem kesihatan..
we change something dat is good to something that harm people..
and dalam soya memmang dah terbukti byak estrogen..byak2 estrogen dalam badan juga akan lead to women cancer macam breat cncer..
so tips here..
minum dalam kuantit moderate...
bagi mereka yang lactose tolerant x salah amik susu soya but tambahkan pengambilan kalsium melalui makanan lain cam ikan bilis~
hehehehe... just pndangn saya..
untunglaa AR xsuka mnum soya sjak azali ag...:)
Saya suka soya...tapi dah kene kurangkan..huhu
huwaaaaaaaa!!!!! yeke !!
sangat sukak soya !!!!!! :'(
alamak..sangat suka soya...
uiks...betul kah??sangat suke minum soya..so anis punye entry yg nie kene buang la erk..salah fakta...huuuu
http://anismelon.blogspot.com/2010/11/khasiat-air-soya.html
kalau mcm tu, saya kna tukar susu anak la..doc suggest dia isomil coz dia ada ekzema...
err..betul ke?..adoi..suka minum soya la..huu
xminum dah lar lepas ni.
alamak suka soya la uhuk tak pa la takmo minum dah huhu
to all: kepada yang suka minum soya macam aku.....kita minum ler jarang-jarang...T_T
dulu suka la.
tapi skrng dah tak kot. sbb tau info2 mcm ini. huhuhu
dah lama tau fakta2 ni n dah lama dah berenti minum soya,. bagus2 info ttg soya ni bagus utk mereka yg belum tau lg,.
tapi yg sedihnya kenapa byk syarikat2 keluarkan air soya, hue3...
dni suka soya. alamak!
dni suka soya. alamak!
as-salam..
minte izin copy buleh ka PW?
Penjejak Mimpi: Boleh...
betul ke ni? i take soy collagen. a collagen drink tt base on soya n alhamdulillah my scin and scars recover slowli. aduss takot dah. ragu2 dah nak minum.
il ya na: betul la kot...dah banyak dah dapat.. satu lagi... ibu mengandung pun tak elok... sebab nanti baby tu akan alami kulit sensitiv..
dlu org dok kaba2 soya ni bagusla apela...boley buat bijak la...skg ni dah suke gile kt soya tbe2 ckp soya xelok plak!!hua~kuciwa~
pernah terbaca pasal ni...
emmm..tu la...
agak bahayakan...
tp suker jugerk minum soya...sooo kene stop minum soya..huhuhuh
aaa air soya kat jepun xsedapp.huhuu
tinggat bulan puasa
Post a Comment